adab pelajar terhadap guru

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

adab pelajar terhadap guru

Post  itqan ra on Wed Oct 15, 2008 5:17 pm

Adab Pelajar Terhadap Gurunya.

Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:
Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.
Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
Mendoakan kebaikan baginya.

PEMUDA-PEMUDI HARAPAN SEKALIAN, Mulailah mengorak langkah sekarang. Jadilah angkatan pemuda dan pemudi yang sentiasa punya semangat tinggi dan keperibadian kreatif. Tidak larut dalam lumpur maksiat dan hanyut dalam arus perdaya syaitan. Tangisilah atas sikap kita, kelakuan kita, ketidaksanggupan kita, kemalasan kita,kejahilan kita dan ketidakprihatinan kita. Perbaiki diri kita dan serulah orang lain.

Epilog: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[apa yang Telah Allah janjikan kepadanya] dan mereka sedikipun tidak mengubah (janjinya), al ahzab:23

Kelakuan baik dari murid sesungguhnya tiada batasnya. Dia hendaknya selalu berusaha keras (jihad) dan membuat kemajuan dengan Gurunya, dengan sesama saudaranya, dengan masyarakatnya, dan dengan Bangsanya, karena Allah selalu memperhatikan dia, Nabi (s.a.w.) selalu memperhatikan dia, Guru selalu memperhatikan dia, dan para Guru-Guru yang telah mendahului mereka selalu memperhatikan mereka. Dengan kemajuan yang tetap, hari demi hari, dia akan mencapai Keadaan Kesempurnaan (the State of Perfection) dengan petunjuk dan bantuan Gurunya.

semoga kita semua menjadi murid yang sentiasa mentaati pensyarah(selagi mana tidak bertentangan dengan syarak dan membawa maslahah hasanah), dan semoga Allah limpahkan barakah dalam hidup kita. I love you
semoga bakal anak2didik kita pada masa akan datang akan menghormati kita kelak.


BERBUDAYALAH DAN BERKELAKUANLAH SEBAGAI SEORANG GURU, MATANG DALAM MEMBUAT PILIHAN, KEPUTUSAN DAN DALAM MENGHADAPI MASALAH

itqan ra
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Syukran...

Post  w@n$ tec on Fri Oct 17, 2008 10:28 pm

syukranlah itqan ni..maaflah,,,ana pun mmg banyak wat silap dgn pensyarah..lagi2 pensyarah japim,, moga dapat berubah di masa hadapan,, komen yg ent bg ni sangat bermanfaat kap guru pelatuh IPTb,,,teruskan perjuangan ent,, jazakallah,,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: adab pelajar terhadap guru

Post  itqan ra on Sat Oct 18, 2008 9:24 pm

salam perjuangan..
semoga kita sama-sama saling ingat-meningati, nasihat menasihati, ambil yang jernih, buang yang keruh.
sahutlah seruan Allah Taala melalui surah Al -'Asr.

cat

itqan ra
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

nak tau..

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 4:39 am

Assalamualaikum,,,

setuju dgn itqan ra ni,,,moga kita sama2 berubah mnjd lebih baik,,tp, sapa ye itqan ra ni??klu bole,,bglah tazkirah yg telah dibuat oleh tokcik,,,tazkirah yg ent bg ni boleh tahan juga ,,,terbakar juga diri hina ni bila baca...huhu ok? xdelah,,sbnrnya nk jmpt ent berkongsi idea bab wanita dan lelaki ini... itu sahaja...ok? Allahu Robbi..Akulihaza...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: adab pelajar terhadap guru

Post  itqan ra on Sun Oct 19, 2008 5:15 am

salam, em,, bab wanita dan lelaki ye..?

buat wan yang di hormati..
kalau mengikut perkiraan, dah banyak sangat insan berbicara tentang ini, xkan habis.
biasa lah jiwa muda, mahukan yang bertentang dengan dirinya..
manusia sekarang telah banyak yang qillatul adab terhadap mursyidnya, ..
kena perbaiki balik hablun minaLLAH , hablun minaNNAS wa hablun dengan Alam (makhluk ciptaan Allah)
semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam kumpulan ini dan dianugerahkan KEBERKATAN ILMU.

Perbaikilah diri dan serulah orang lain... Wallahu a' lam.

p/s: buat wan, insya Allah, saya cuba sertai tazkirah tokcik. sedap jugak tazkirah2 yang dimuatkan..

itqan ra
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

buat pencinta ulama'...

Post  itqan ra on Sun Oct 19, 2008 5:43 am

mesej ni saya terima dari seorang rakan. Rakan?? (classmate..)
semoga kita semua boleh mengambil iktibar dan pengajaran melalui mesej yang disampaikan..

Hassan Al Banna walaupun seorang mursyid dan menjadi VVIP,
namun satu ketika beliau didapati sedang menyusun kerusi selepas selesai suatu majlis.

orang bertanya,"Anda adalah mursyid (guru), usahlah anda membuat kerja yang sepatutnya kami buat."

balas al-Banna," Aku tidak tahu mana satu amalanku diterima Allah. mungkin perjuangan ku selama ini tidak diterima Allah, namun amalan menyusun kerusi ini yang diterima Allah..wallahu a'lam

fikir2kan..relatekan dengan kehidupan kita seharian dlm bermasyarakat.

p/s: guru adalah role model, jadi tunjuklah akhlak yang baik,pakailah dengan pakaian taqwa.

itqan ra
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

hebat,,

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 6:11 pm

Assalamualaikum.,,,

maafkan ana itqan ra,,,hmm,,,apa maksud killatul adab??? bahasa arab tue,,,bole jelaskan??

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Adab Bersama Guru

Post  itqan ra on Sun Oct 19, 2008 6:25 pm


Adab Bersama Guru

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. [b]Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya.
Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru. [/b]

minta ampun lah pada guru2 andai terdapat sebarang kekhilafan dan kesalahan, serta telah membuat hati mereka tawar hati terhadap kita.
semoga mereka menghalalkan ILMU yang diterima..

p/s: dah dekat exam nie...

itqan ra
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik