tazkirah best2..

Halaman 1 dari 3 1, 2, 3  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

tazkirah best2..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 12:50 am

assalamualaikum buat semua warga IPTB..
tokcik rasa terlebih rajin pulak untuk buka topik baru buat pertama kalinya...
tokcik rasa dlm forum ni xdak pengisian tazkirah...kalu ada btau la tokcik ya..maklumla tokcik ni dh tua..rabun dah...
hmm,ni tazkirah pertama dari koleksi yang tokcik dapat...

1) Perempuan memang xguna.....

tokcik percaya bahawa apabila mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya
mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda
mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dang baca
dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang
tidak tepat, sila betulkan.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

nanti tokcik sambung lagi tajuk tazkirah pertama ni ya....slm

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Alhamdulillah..

Post  w@n$ tec on Sat Oct 18, 2008 1:57 am

Assalamualaikum,,,

baguslah tokcik,,, teruskan usaha ent untuk bg tazkirah pasal perempuan ini,,tp jgn lupa bagilah juga tazkirah pasal lelaki yg baik,,sekurang2nya guru pelatih lelaki ni dapat tau dorang ni ada x ciri2 lelaki yg baik terutamanya kat diri ana yg sgt jahat ni..bole x? jazakallah... Allahu Robbi...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

sambungan tazkirah pertama...

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 7:43 am

buat wan...nanti tokcik cari tazkirah utk laki plak pasni..tokcik nk hbiskn yg wanita dulu...

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu
bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya
sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian
dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59
al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

sambungan terakhir utk tazkirah pertama

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 7:52 am

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki
yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika
aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih
kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan cara yang terbaik

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah kedua - lelaki idaman

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 8:07 am

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

p/s amacam wan?? Basketball

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  ... on Sat Oct 18, 2008 8:55 am

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan…

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Terima kasih,,

Post  w@n$ tec on Sat Oct 18, 2008 12:35 pm

Assalamualaikum,,,

syukranlah pada tokcik dan ...... coz bg tazkirah pasal lelaki dan wanita...ana tertarik dgn pernyataan no 6 pasal bab wanita bertudung... punca berlakunya maksiat apabila wanita itu sendiri yg cuba menayangkan susuk tubuhnya di hadapan lelaki.. kita amek contoh bab zinalah,, Allah Taala ni mmg Maha Bijaksana,, dalam surah an-nur ayat 3 iaitu Azzaniyatu waz zani hingga akhir ayat,, maksudnya penzina perempuan dan penzina lelaki,,hingga akhir ayat,, Allah Taala letakkan penzina perempuan dihadapan ayat ini menunjukkan pada kebiasaannya punca maksiat ni berlaku adalah kerana wanita itu sendiri,,lihatlah,,begitu hebatnya Allah Taala,, Dia tau dah segala apa yg berlaku di masa hadapan,, kalau bab pencuri pulak,,mmg puncanya adalah lelaki,, Allah Taala meletakkan kalimah pencuri lelaki dihadapan berbanding pencuri perempuan,,ana kurang pasti dalam surah apa tp ayatnya ialah Assariku was Sarikotu ila akhir ayat... tp bukan ana nk cakap lelaki ni pencuri,tp pd kebiasaannya mmg kerja lelaki bab mencuri,merompak ni,, lihatlah sendiri di buletin utama tv3,,banyak berlaku jenayah rompakan yg dilakukan lelaki,,harap diorang dapat berubah..

potong tangan beb kalu mencuri... sanggupkah kita nk hadapinya??tp hari ni ada orang yg cabar hukum Allah ni.. dia kata mula2 potong tangan kalu curi dgn tangan,pas tgn xdak,curi dgn kaki pula,potong kaki..pastu kalu dah xda apa yg nk dipitong, potong mulut... ape ke bende semue ni??? ini hukum Allah syeikh!!!!! mana leh wat main2... main sokmo...

Allahu Robbi...maaflah terlajak pulak.. tambahlah lg kepada sesiapa yg nk tambah...
Akulihaza,,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bidadari berwajah manusia......

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 12:47 pm

wan..kita pakat baca kisah ni plak...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

p/s tokcik sambung lagi nanti ya..

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

sambunglah...

Post  w@n$ tec on Sat Oct 18, 2008 1:19 pm

assalamualaikum....

Allah,,dah sedap2 ana baca,,,boleh pulak tokkcik tangguhkan,,, ish..kacau daun betullah...xpalah,,ana doakan moga2 tokcik dapat hidayah dan taufiq untuk sambung ciri2 perempuan solehah ni... xsabaq nk baca yg seterusnya.. oklah,,ana berhenti dulu,,nk wat keja lain,,, Allahu Robbi,, Jazakumullahu Khairan Jazak... Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

sambungan..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 1:27 pm

buat wan..tokcik mitak maaf terpaksa tangguhkan...ni tokcik nak habiskan..

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH.Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam

p/s pasni tokcik sambung ngan tazkirah lain plak iaitu: andainya Rasulullah datang ke rumah kita..

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 1:31 pm

w@n$ tec wrote:assalamualaikum....

Allah,,dah sedap2 ana baca,,,boleh pulak tokkcik tangguhkan,,, ish..kacau daun betullah...xpalah,,ana doakan moga2 tokcik dapat hidayah dan taufiq untuk sambung ciri2 perempuan solehah ni... xsabaq nk baca yg seterusnya.. oklah,,ana berhenti dulu,,nk wat keja lain,,, Allahu Robbi,, Jazakumullahu Khairan Jazak... Akulihaza..

syukran ya wan doakan tokcik..tapi buat pengetahuan wan dan rakan2, tokcik hanya mengumpulkn tazkirah yang tokcik rasa boleh di kongsi sahaja bukan tokcik yg menulis tazkirah ini.. Razz

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  ?? on Sat Oct 18, 2008 1:35 pm

Tok cik nih laki ke pompuan coz pendekatan umpama seorg ibu menasihati anak.

??
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  ... on Sat Oct 18, 2008 2:33 pm

pendekatan yg halus dan berhikmah.. Perlu byk lg tazkirah spt ini..

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Bagusnya..

Post  w@n$ tec on Sat Oct 18, 2008 2:58 pm

Assalamualaikum,,,

SubhanaAllah,,, bagusnya tokcik ni,,, waniita umpama epal...ana akan ingt ayat ni,,,mungkin jadi modal ana klu bg tazkirah nnt..hahah...terima kasih ya tokcik,,,tp,,ana sedikit hairan..tokcik ni sapa ek??boleh pulak tau ana ni wan,,, ent ni opsyen pa ke??ke opsyen sains?atau ks atau mate atau bm atau pj?? lepas ni bg tazkirah yg best2..bab wanita dan lelaki ni pun syok gak,,lg banyak lg bagus,,huhu,,moga tazkirah yg tokcik bg ni dapat dimanfaatkan bersama,,, kepada guru pelatih,, apa tunggu lagi,,catatlah point2 yg penting yg tokcik bg ni,,mgkin berguna masa nk cari calon nnt,, Allahu robbi,, Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

andainya RAsulullah datang ke rumah kita........

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 7:59 pm

Assalamualaikum...xpenting siapa tokcik..yg penting rkn2 dpt terima kehadiran tokcik dlm forum ini utk tokcik teruskn perjuangan sebagai umat Rasulullah...

malu rasanya menyatakan cinta,
kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan mulia,
sedangkan diriku insan biasa....(petikan lagu hijjaz-dia kekasih Allah)

ni tazkirah seterusnya ok...

bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah
kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk Baginda erat-erat, dan lantas mempersilakan
beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar
Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah
kita. Baginda tentu tersenyum.....
Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang
secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal
lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak
mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW,
kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power
Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang
solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita
tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui jun! jungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan
Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang
setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah
kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat
membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
Rasulullah.....

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  ... on Sat Oct 18, 2008 8:48 pm

klu hijaz-dia kekasih allah, emm.. mcm knl empunya diri but thanks.. tazkirah yang baik..

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Masihkah kau ingat padaku??

Post  ... on Sat Oct 18, 2008 8:53 pm

INGATKAH PADA KU?

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu ‘, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci , Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau
pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang
tinggal sejarah …?
Menurutmu , mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau , menurutmu aku hanya untuk anak
kecil yang belajar mengaji ..
Sekarang , Aku tersimpan rapi sekali ;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pngisi setormu .
kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar
engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir ,
dibiarkan dalam kesendirian , kesepian
Di dalam almari , di dalam laci , aku
engkau pendamkan .
Dulu … pagi-pagi … surah-surah yang
ada padaku engkau baca beberapa
halaman .
Di waktupetang , Aku kau baca
beramai-ramai bersama temanmu di surau
Sekarang … seawal pagi sambil minum
kopi… engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku
karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang
datang dari Allah Azzawajalla ,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau
lupa baca pembuka
surah2ku ( Bismillah ).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah
yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu
tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan .
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau
baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang
mata berjam -jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam -jam engkau
betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan
gambar sampah
Waktupun cepat berlalu
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku , hanya awal Ramadhan engkau
membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku .
Dengan suara dan lafadz yang tidak
semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika
membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu
sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat
suruhanNya
Apakah TV, radio , hiburan atau komputer
dapat menolong kamu ?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang
ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu , Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang
waktumu
Setiap saat berlalu …
Dan akhirnya …
kubur yang setia menunggu mu …
Engkau pasti kembali , kembali kepada
Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau
hayati ..
Di kuburmu nanti ..
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan
tampan .
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat .
Dan Akulah “Al- Qur’an” ,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan
melindungimu .
Peganglah Aku kembali ..bacalah aku
kembali aku setiap hari .
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah
ayat-ayat suci .
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari ,
lacimu ..
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu .
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali …
Baca dan pelajari lagi Aku ..
Setiap datangnya pagi , petang dan malam
hari walau secebis ayat
Seperti dulu .. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri .
Dalam bisu dan sepi ….

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 9:09 pm

... wrote:pendekatan yg halus dan berhikmah.. Perlu byk lg tazkirah spt ini..

syukran ya ...

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 9:11 pm

?? wrote:Tok cik nih laki ke pompuan coz pendekatan umpama seorg ibu menasihati anak.

syukran ya ??..rasa xlayak tokcik terima perumpamaan tu..

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  TOKCIK on Sat Oct 18, 2008 9:18 pm

w@n$ tec wrote:Assalamualaikum,,,

SubhanaAllah,,, bagusnya tokcik ni,,, waniita umpama epal...ana akan ingt ayat ni,,,mungkin jadi modal ana klu bg tazkirah nnt..hahah...terima kasih ya tokcik,,,tp,,ana sedikit hairan..tokcik ni sapa ek??boleh pulak tau ana ni wan,,, ent ni opsyen pa ke??ke opsyen sains?atau ks atau mate atau bm atau pj?? lepas ni bg tazkirah yg best2..bab wanita dan lelaki ni pun syok gak,,lg banyak lg bagus,,huhu,,moga tazkirah yg tokcik bg ni dapat dimanfaatkan bersama,,, kepada guru pelatih,, apa tunggu lagi,,catatlah point2 yg penting yg tokcik bg ni,,mgkin berguna masa nk cari calon nnt,, Allahu robbi,, Akulihaza..

untuk pengetahuan wan...tokcik tengok nama wan pd nickname w@n$ tec...tokcik boleh cam nickname tu bermaksud wan walopon xberapa nmpak tapi boleh gagah lagilah tokcik ni...sebab tulah tokcik pggl wan...xapakan?? cyclops

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

untuk muslimin dan muslimat...

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 12:43 am

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal
lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki
boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut
kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa
melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan
agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri
beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di
mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang
diredhai
Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa
lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan
dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat
penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya
Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa
dari
orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam
menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang
paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang
dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding
lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding
lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah
kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh
Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan
ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud
hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan
di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Ana Kembali...

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 5:08 am

Assalamualaikum,,,

Allah Allah Allah... banyaknya tazkirah yg best2 kat sini... terkejut ana pas baca... kepada sahabat yg masih belum tido,,bangunlah,,,wat sedikit tahajjud,,,moga2 Allah memberi rahmat kepada kita semua... hm,, xpalah tokcik,, ana xtau diri ent yg sebenarnya pun xpa,,, yg penting LAGI DAN LAGI beri tazkirah bab lelaki dan wanita ini.. tazkirah tentang cerita Rasullulah mai umah betul2 ana terasa.. lihatlah dibilik sendiri,, tiada sedikit pun kalam2 Allah yg digantung, selalu mendengar lagu yg bukan2,, al-Quran tidak dialunkan,, zikir munajat tidak dihayati,,memang betul2 membakar diri yg hina ini.. Allah,, betapa malunya nk jumpa Rasulullah kat padang masyr nnt,,nak minum air telaga Kauthar pun segan,,sebab pap? sebab takut dihalau oleh Rasulullah nnt,, bab telaga al-Kauthar ni panjang ceritanya.. insya Allah akan ana sampaikan selepas waktu solat mgrib,,tp xpasti hari apa... Moga Rasulullah menerima kita sebagai umatnya.. Allahu Robbi.. Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

lembaran hidup wanita solehah.............

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:44 am

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Melihat tabahnya umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

kita sentiasa beralasan..

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:49 am

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu;


1.Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekirannya ia berkata;

“Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan”.

Firman Allah “ Kekayaanmu tidaklah standing dengan keakayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku”.

2.Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata;

“Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu”

Firman Allah kepadanya “ UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu”

3.Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata;

“Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu”

Firman Allah kepadanya “Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula menganaikan tanggungjawabnya kepadaKu”

4.Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya berkata;

Penyakit inilah menghalang aku dari melakukan suhud terhadapMu”.

Firman Allah kepadanya “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seprti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulai iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dah hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebuxxxan akan namaKu”

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

hantaran kahwin Siti Fatimah...........

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 2:04 pm

Ketika Rasulullah S.A.W. menikahkan Siti Fatimah (anaknya) dengan Sayidina Ali Ibni Abi Talib, baginda mengundang sahabatnya Abu Bakar, Umar, Othman dan Usamah r.a. untuk membawakan perbekalan Fatimah r.a. Mereka membawa alat penggiling (penumbuk) gandum, kulit yang disamak, sebuah bantal yang isinya sabut dan biji kurma, sebuah kendi dan sebuah piring. Maka Abu Bakar menangis dan berkata: "Wahai Rasulullah, inikah perbekalan anakmu Fatimah?" Rasulullah S.A.W. menjawab; "Wahai Abu Bakar, inipun adalah cukup banyak bagi orang yang masih berada di dunia." Maka Siti Fatimah binti Rasulullah pun keluar sebagai mempelai dengan mengenakan pakaian dari bulu yang sudah bertampal sebanyak duabelas tempat. Demikianlah sederhananya hidup keluarga Rasulullah S.A.W.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  Sponsored content Today at 5:34 pm


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 1 dari 3 1, 2, 3  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik