tazkirah best2..

Halaman 2 dari 3 Previous  1, 2, 3  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Kisah RAsulullah berbicara tentang dajjal

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 4:30 pm

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, ms. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 4:57 pm

7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadillah Kamsah

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL

perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti
keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin
kadang2 terlepas cakap.....

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami
pula di opis dok nampak yg comel2 aje... Ade isteri kata - mekap untuk
suami,.. tapi kat rumah tak mekap pun...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon
suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....



7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya..... Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa &
lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan
sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu...

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Maha Suci Allah..

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 5:07 pm

Assalamualaikum..

Ya Allah,,,bagusnya kisah dajjal ni..mmg bgitu menarik kisah ini... hm,pas ni tokcik bg tazakirah pasal syurga ya...xpun tazkirah pasal padang mahsyar...tp ana kurang faham tentang yakjuj makjuj yg mai pas dajjal dibunuh,,,klu ent faham,,jelaskan sedikit ya... dah asaq ni,,, jom p surau.,, Allahu Robbi.. Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

YA'JUJ DAN MA'JUJ

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 5:55 pm

lepas kematian Dajjal, Nabi Isa telah memberitakan khabar gembira kepada org2 beriman yg xterpengaruh ngn Dajjal..dlm pada tu juga Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya :

"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku,(Ya'juj dan Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka. Oleh itu bawalah hamba-hamba-Ku yang sama-sama berlindung di bukit Tursina dan Allah keluarkan Ya;juj dan Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tempat yang tinggi"


p/s ni saja yg tokcik mampu wan...kalau salah betulkan tokcik yaa
Smile

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

bumi mahsyar dibanjiri keringat ahli maksiat..........

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 6:11 pm

Apabila seluruh manusia serentak dibangkitkan dari alam kubur, dipadang mahsyar yg luas, masing-masing dalam keadaan semulajadi, seperti bayi yg baru lahir tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan tubuh dan juga kehormatan masing2 terdedah kepada pandangan umum, lelaki dan wanita bercampur aduk bersesak-sesak.

Siti Saodah isteri Nabi ketika mendengar peristiwa dahsyat suasana manusia dibangkitkan di bumi mahsyar, lantas beliau bertanya kpd Nabi SAW : “Ya Rasullulah, tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi mahsyar dalam keadaan telanjang bulat tanpa pakaian?” Jawab Rasullullah s.a.w : “Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari mahsyar itu, manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing”. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah didlm surah ‘Abasa ayat 37 : Yang bermaksud :

“Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup menyibukkannya”

Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan “Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”. Abu Hurairah berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud: “Bahawa manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya tertunggang ke tanah.

Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w menjawab :

“Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah”.

Mereka yg mendapat naungan itu diantaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yg diperdekatkan dengan Allah SWT. Sifat-sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yg semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah SWT. Damping dalam erti kata sentiasa patuh serta taat suruhan Allah dengan melakukan apa-apa jua perintahNya yg disampaikan oleh para rasul dizaman mereka serta menjauhkan dan meninggalkan setiap perkara yg dibenci oleh Allah dari perkara maksiat yg keji dan mungkar sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yg dijemput oleh Allah SWT utk bernaung dibawah Arasy Allah sebaliknya ada pula golongan manusia yg terus didera terdedah dgn kepanasan matahari di atas ubun-ubun. Mereka yg didera dgn kepanasan itu hancur luluh oleh panahan cahaya matahari yg amat dahsyat dan dileburkan pula oleh kepanasan hati mereka sendiri yg mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup didunia dahulu.

Dalam kepanasan yg amat dahsyat itu manusia berhimpit-himpit dan bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yg luas tetapi tetap sempit dan berhimpit-himpit. Dalam suasana demikian tiba-tiba Allah SWT dedahkan segala buruk mereka yg telah dicatit dalam satu rekod kejahatan dihimpun dalam system rakaman Allah yg tidak tercicir walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menaggung malu yg tidak terhingga.

Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati menanggung malu yg tak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yg berbau hanyir dan bumi mahsyar menjadi lecah. Banjir peluh dan airmata menengelami manusia tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yg sampai ke paras lutut, paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yg karam di dalam lautan peluh dan air mata.

Di dunia ini pun kita akan temui adanya makhluk yg diciptakan oleh Allah berjalan dgn perut iaitu ular walaupun ular tidak memiliki kaki tetapi ada kalanya ia berlari sangat pantas sehingga sukar hendak ditangkap walaupun yg mengejar itu ialah manusia yg mempunyai kaki. Kata Imam Al-Ghazali, sesungguhnya manusia sering mengingkari sesuatu yg tidak pernah disaksikannya, oleh itu mereka akan mempersoal bagaimana manusia berjalan dgn mukanya ke bumi. Sekiranya makhluk ular itu tidak wujud didunia ini, tiba-tiba ada orang berkata bahawa dikampungnya ada makhluk berjalan dgn perutnya, ketika itu tentulah orang akan mencemuh dan mustahil mereka boleh menerima kebenaran berita itu.

Wal hasil alam akhirat adalah suatu alam yg diluar jangkauan manusia, sekalipun dia pernah mendengar tentang kehidupan di mahsyar, namun setelah dia sendiri berada disana, kenyataan sebenarnya tidak dapat diukur dengan logik akal. Betapa dahsyatnya alam mahsyar tidak terbayang oleh manusia walaupun dengan ilmu yg dimiliki.

Bumi mahsyar yg keluasannya tidak terukur oleh jangkauan manusia, walaupun luas dataran mahsyar tidak terhingga, namun tidak ada kawasan yg kosong melainkan penuh sesak dengan manusia dan jin. Seseunguhnya makhluk Allah terdiri dari manusia dan jin sejak Nabi Adam hingga kiamat jumlahnya juga tidak terhitung, apatah lagi ia dibangkitkan serentak.

Dalam suasana kelam-kabut dan hiruk-pikuk, tiba-tiba Allah SWT menerbitkan semula matahari dengan kepanasan luarbiasa, berlipatganda berbanding kepanasan matahari yg pernah dinikmati manusia di dunia. Bukan sekadar kepanasan berlipatganda tetapi Allah SWT turunkan matahari serendah-rendahnya di atas kepala manusia kira-kira ukuran dua busar panah. Ketika itu tidak ada pohon untuk berlindung dari panas matahari yg berada di atas kepala kecuali bayang Arasy. Arasy itu disebut juga sebagai kursi atau singahsana. Sebesar manakah Arasy itu maka sebesar itulah bayang redup yg bernaung dibawah naungan Arasy itu.

Di dunia, keringat mengalir adalah kesan bekerja kuat, malah dalam melaksanakan ibadah seperti ibadah haji. Lihatlah ketika umat Islam melakukan ibadah haji dalam cuaca panas dan bersesak-sesak di bumi Makkah dan Arafah. Demi keimanan dan ketaatan terhadap perintah Allah, maka orang-orang yg beriman sanggup menghabiskan wang ringgit bersusah payah mengerjakan ibadat haji. Sudah pasti keringat yg mengalir dan pengorbanannya itu tidak percuma disisi Allah.

Orang2 yg berjuang mendaulatkan agama islam di bumi ini sudah pasti mengalirkan keringat disamping membelanjakan wang ringgit yg banyak. Berjihad siang dan malam atas urusan jamaah Islam bagi memenangkan cita-cita Islam yg suci agar hukum Allah tertegak dimuka bumi. Pasti mereka mendapat penghargaan Allah.

Bagi mereka yg telah mengalirkan keringat melakukan ketaatan terhadap perintah Allah SWT, maka di bumi mahsyar mereka tidak lagi mengalirkan keringat seolah-olah mereka telah kekeringan keringat didunia diatas usaha yg diredhai Allah. Segala kepayahan yg dilakukan atas nama keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab mereka aman dari bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar kelak.

diambil dari sebahagian tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

keindahan syurga, dorongan perkasakan iman,taqwa....

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 6:23 pm

Bermohon kepada Allah supaya memimpin hati kita supaya cintakan kebaikan, banci kejahatan

SETIAP orang Islam akan merindui kehidupan bahagia dengan nikmat tidak putus, baik ketika hidup di dunia mahupun akhirat. Semua impikan kebahagiaan dan kesenangan. Justeru, siang malam ada antara kita bekerja gigih mencari harta untuk menikmati kebahagiaan hidup di dunia.

Pada masa sama, ada juga antara kita siang dan malam mencari kebahagiaan untuk hidup senang di akhirat dengan mengerjakan amal ibadat.

Kebahagiaan hidup di dunia dapat dirasai ketika di dunia, tetapi kebahagiaan akhirat hanya Allah saja yang tahu. Termampu kita lakukan di dunia ini ialah berusaha mendapatkan kebahagiaan itu dengan cara melakukan dan mengerjakan amalan diperintahkan dan menjauhi larangan Allah.

Amalan dilakukan itu hendaklah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hanyalah hamba-Nya yang serba lemah dan daif. Kita merindui syurga di akhirat. Itulah sebenar-benarnya kebahagiaan bagi kita umat Islam.

Kebahagiaan hidup di akhirat jauh lebih nikmat dan lazat daripada kebahagiaan hidup di dunia. Kebahagiaan hidup di dunia hanyalah sementara, kebahagiaan yang kekal buat selama-lamanya apabila berada dalam syurga. Sesungguhnya kehidupan di syurga tidak terucap dengan kata-kata betapa bahagia dan nikmatnya.

Dr Muhammad Ibrohim An-Nu’aim dalam bukunya Memesan Kerusi Tertinggi di Syurga mencatatkan: “Syurga adalah kenikmatan sempurna yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata sedangkan apa yang dikhabarkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita mengenai syurga dan sifatnya membuat akal fikiran kita tercengang kerana tidak dapat membayangkan keelokan, keagungan dan kemuliaannya.

Dalamnya ada pelbagai kenikmatan yang belum pernah terlihat mata, belum pernah terdengar telinga dan belum pernah terdetik dalam benak manusia. Barang siapa yang memasukinya, nescaya ia akan merasakan kenikmatannya dan tidak akan sengsara, mengenakan pakaiannya yang tidak akan pernah usang serta mengalami masa remaja yang tidak akan pudar serta tempat tinggalnya tidak akan membosankan.”

Mengingati sifat syurga yang Allah gambarkan melalui firman-Nya dalam al-Quran boleh menebalkan lagi kerinduan kita untuk mendapatkannya dan sekali gus merangsang untuk bersungguh melakukan amalan salih, bersikap zuhud terhadap kenikmatan dunia.

Amalan yang dapat menghantar seseorang itu menikmati syurga Allah adalah keimanan yang benar dan keyakinan kuat kepada Allah dan janji-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya tanpa ada keraguan sedikit pun seperti terlihat pada Khalifah Abu Bakar dan Umar.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni darjat yang tinggi itu, orang yang berada di bawah mereka akan melihat mereka seperti kalian melihat bintang yang terbit di ufuk langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk daripada kalangan mereka serta keduanya diberi nikmat lebih.”

Amalan kedua yang dapat mengangkat darjat di syurga adalah takwa kepada Allah. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka ia sudah memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Rabb-Nya. Untuk mereka Allah akan menganugerahkan istana yang tinggi kepadanya.

Hal sama dikhabarkan oleh Rasulullah SAW bahawa di antara orang beriman ada yang memiliki istana di pinggiran syurga, di tengah syurga dan di atas syurga. Merekalah orang berjihad di jalan Allah dan memiliki akhlak yang baik.

Takut, tawakal, sabar, sembahyang, mengumandangkan azan atau menjawab azan, puasa Ramadan dan sembahyang tarawih, berdakwah di jalan Allah, membaca al-Quran, cinta kepada Allah dengan menjauhi kemungkaran dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Syurga itu mempunyai tingkatannya. Semakin tinggi tingkatannya, maka semakin luas dan banyak pula kenikmatannya. Tidak salah hari ini kita merindui syurga, akan tetapi merindui saja tidak memberi apa-apa makna jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Merindui syurga adalah cita-cita tertinggi seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah syurga Firdaus sebab ia adalah pertengahan syurga dan tempat yang paling tinggi di syurga.” (Hadis riwayat Bukhari, Termidzi dan Ahmad)

Bagi meraih syurga yang dicitakan itu, seharusnyalah mulai saat ini kita bersungguh-sungguh beramal dan tunduk kepada Rabbul Alamin. Perteguhkan iman dari semasa ke semasa dan waktu yang sama tingkatkan lagi darjah ketakwaan kepada Allah.

Mohonlah pertolongan kepada Allah semoga Allah memimpin hati kita setiap masa suka melakukan kebaikan dan jijik melakukan kejahatan serta kemungkaran.

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Minda Lelaki : wahai lelaki fahamilah wanita..............

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 6:30 pm

NABI ADAM, lelaki pertama diciptakan Allah swt. Ternyata Adam sering dihimpit kesunyian kerana keseorangan. Pemerhatian Adam membuktikan bahawa makhluk lain diciptakan berpasangan. Lalu Adam memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan hidupnya. Lalu dianugerahkan Hawa sebagai teman hidupnya.

Lelaki dan wanita saling memerlukan. Tanpa wanita seseorang lelaki dianggap belum sempurna hidupnya. Oleh itu, Islam mewajibkan perkahwinan bagi lelaki yang cukup syarat-syaratnya. Alam rumah tangga pula menuntut seorang lelaki memiliki ilmu secukupnya bagi mengemudi sebuah keluarga agar mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, rumah tangga yang terbina mudah saja runtuh biarpun disebabkan permasalahan kecil.

Sebenarnya dalam melayari alam berumah tangga, soal memahami hati budi isteri adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah. Kadang kala seorang suami belum mengenali siapa isterinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, saling memahami antara satu sama lain, salah satu kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.

Satu sifat utama yang sering dimiliki oleh golongan wanita ialah suka berleter. Kebanyakan wanita yang bergelar isteri memang suka berleter terutamanya apabila sesuatu perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh suami atau anak. Oleh itu bagi lelaki yang panas baran pasti tidak dapat menahan kesabaran maka berlakulah pertengkaran.

Jika pertengkaran kecil dapat dikawal mungkin menyelamatkan berlakunya perceraian. Namun, jika kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah maka terjadilah perceraian. Perceraian pula mengundang pelbagai masalah terutama kepada masa depan anak.

Sepatutnya. suami seharusnya memahami bahawa sifat semula jadi wanita ialah suka berleter. Jika leteran yang keluar daripada mulut wanita itu ternyata ada kebenarannya maka suami hendaklah banyak berdiam diri. Apabila isteri puas berleter maka terlepas segala yang dipendamnya. Suami seharusnya mendiamkan diri — mendiamkan diri mendengar setiap leteran bukanlah sesuatu yang mudah bagi lelaki terutama bagi lelaki kuat egonya. Berdiam diri bukan bererti kalah terutama jika apa yang dileterkan itu ternyata ada benarnya.

Sejarah membuktikan bahawa Sayyidina Umar as, lelaki yang bengis. Ketika menjadi khalifah pernah terjadi isterinya sedang berleter tetapi beliau tetap berdiam diri. Ketika itu secara kebetulan seorang hamba Allah datang ke rumahnya untuk mengadu bahawa isterinya juga kuat berleter. Tetapi apabila didengarnya seorang khalifah juga dileteri oleh isterinya maka dia pun berpatah balik.

Kedatangan hamba Allah itu disedari Amirul Mukminin lalu bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu menjawab: “Saya ingin mengadu kepada Amirul Mukminin bahawa isteri saya yang mempunyai sikap kuat berleter. Tetapi apabila saya mendengar bahawa isteri Amirul Mukminin juga suka berleter sebab itulah saya berpatah balik dan tidak jadi untuk mengadu hal kepada Amirul Mukminin,” jelas lelaki itu.

Cerita lain yang berkaitan ialah seorang suami yang beristerikan seorang gadis cantik tetapi bisu. Lelaki itu cuba berjumpa wali Allah untuk memohon agar dimakbulkan doanya agar isterinya dapat bercakap. Wali Allah bertanya adakah dia tidak akan menyesal nanti jika isterinya dapat bercakap. Dia berjanji bahawa dia tidak akan menyesal malah akan berbangga memiliki isteri yang bukan saja cantik tetapi dapat berkomunikasi dengannya.

Doa itu dimakbulkan. Isteri cantik itu dapat bercakap. Lama-kelamaan orang itu datang pula berjumpa Wali Allah untuk mengadu agar isterinya dibisukan semula kerana tidak tahan dengan leteran isterinya.

Itulah dua kisah yang boleh dijadikan pengajaran berkaitan dengan sikap wanita bergelar isteri yang suka berleter. Oleh itu kepada lelaki, fahami isteri anda. Anggaplah setiap leteran itu, sifat semulajadi yang dimiliki oleh kaum wanita. Leteran juga ada kebaikannya jika direnungkan terutamanya apabila kita sebagai lelaki yang mencetuskan punca kepada berlakunya leteran itu. Smile

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah yg berguna..

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 6:59 pm

Assalamualaikum,,,

alhamdulillah,,bagusnya tazkirah tentang isteri berleter,,,ana dah faham,,syukran ya tokcik utk tazkirah ni,,bertuahla guru pelatih Muslimin IPTB klu dapat jadi macam Saidina Omar yg sangat tegas tetapi diam mendengar leteran daripada isternya,,... tp muslimat IPTB ni kuat berleter ke??hi2x...xdalah,,,ana main2 je..nampaknya makin hari makin bnyk tazkirah yg menarik,,, kepada ustaz dan ustazah,joinlah sekali..bg tazkirah yg membina semngat cintakan sejarah2 atau kisah2 sahabat2 sama ada dalam bab cinta ke,,bab kahwin ke,bab solat ke..ape2lah...janji menarik,,teruskan usaha ya tokcik,,,ana akan tunggu tazkirah yg seterusnya..Allahu Robbi.. Akuiliahaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

dosa boleh menghalang cahaya ilmu...........

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:15 pm

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

(Dipetik dari buku Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty.)

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

wasiat Imam Syafie

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:23 pm

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

mengenali alam jin..........

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:41 pm

oleh: Ustaz Ismail Kamus


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu
(sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di adapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8 ) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

ajaran Islam:antara kebenaran dan fakta sains.......

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 7:47 pm

Ajaran Islam kalau dikaji betul2 ianya menjurus kepada Fakta Sains yg terselindungi...mari kita selidiki!

1. Cara Rasulullah mengunyah. Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

2. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita
minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

3. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

simpan cinta dalam hati

Post  yukiko on Sun Oct 19, 2008 8:06 pm

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam, juga menjadi fitnah kepada islam.

yukiko
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

banyakkan lagi..

Post  ... on Sun Oct 19, 2008 8:09 pm

sangat bagus tazkirah oleh Tokcik, saya harap lepas nih ada lagi tazkirah yg lebih menarik dan kalau boleh yang lebih santai(moral dan sivik) agar dapat menarik minat kaum lain utk menghayatinya.. Cthnya cara yg dipraktikkan oleh dr HM tuah. Kata2 motivasi yg bersahaja tp ada isi dan bersifat global.. Bukan apa nanti dapat juga kita seimbangkan antara ilmu al-quran yg telah tetap dan tidak perlu dipertikaikan dgn ilmu logik(alam dan duniawi).. bkn apa manala tau ada miss jessy ka atau mr muthu ka yg duk baca comment nih..

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Saidina Uthman Yang dikasihi............

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 9:37 pm

Lahir 6 tahun selepas Tahun Gajah. Maksudnya muda 6 tahun daripada baginda Rasulullah saw. Bapanya Affan tidak menjawat apa-apa jawatan penting di Kota Mekah. Oleh itu Affan bergiat dalam perniagaan hingga menjadi seorang yang kaya.


Pada masa jahiliahnya, Uthman tidak suka kepada pelacur dan tidak minum arak.

Terlibat dalam hijrah yang pertama ke Habsyah bersama isterinya Ruqayyah (anak Nabi).

Antara sandaran para pemberontak untuk menentang Saidina Uthman adalah beliau tidak turut sama dalam Perang Badar dan tidak hadir dalam majlis Perjanjian ar-Ridhwan. Ketika Badar, isterinya Ruqayyah sedang tenat dan akhirnya meninggal dunia.

Antara harta peninggalannya adalah wang sebanyak 2,642,166 dinar dan 1000 ekor unta.

Antara ‘bidaah hasanah’ ataupun ‘hasanah’ yang dibawa oleh Saidina Uthman adalah memberi gaji kepada muazzin, memperkenalkan zakat wang dan menambah satu lagi azan untuk solat Jumaat.


KELEBIHAN-KELEBIHAN SAIDINA UTHMAN

Mengahwini dua orang anak Nabi iaitu Ruqayyah dan Umm Kalthum. Jodohnya dengan Umm Kalthum adalah dengan kehendak Allah.

Antara 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga (hadis Bukhari & Muslim)

Dermanya dalam Perang Tabuk cukup untuk 1/3 daripada keperluan para tentera. Antaranya 950 ekor unta dan 50 ekor kuda perang. (1)

Kaum Muhajirin di Madinah menggunakan perigi yang dibelinya.

Membeli tanah untuk meluaskan Masjid Nabi.

Salah seorang penulis wahyu.

Ada beberapa hadis tentangnya.


RUPA PARASNYA

Bulu keningnya lebat. Kulitnya kuning langsat. Jambangnya lebat dan panjang. Janggutnya sentiasa kemas.Dahinya luas, rambutnya lebat. Ada misai. Hidungnya besar. Orangnya kacak dan pemalu.


SUMBER:

Mahmud Syakir, Biografi Gemilang Uthman bin Affan (Dzin Nurain), Jasmine Enterprise, 2004.

(1) Katakanlah unta dan kuda yang seribu ekor itu seumpama motosikal hari ini. Maksudnya Saiodina Uthman keluarkan 1,000 motosikal untuk kegunaan tentera. Jika sebuah berharga RM 5,000, maksudnya dia mengeluarkan RM 5,000,000 seorang diri. Apatah lagi jika diibaratkan unta dan kuda itu seumpama kereta, lagilah besar belanjanya.Ada lagikah jutawan Islam seperti Saidina Uthman hari ini?

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

kehebatan madinah dalam hadis2..................

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 9:57 pm

“Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim telah ‘mengharamkan’ Mekah dan berdoa untuknya, dan aku ‘mengharamkan’ Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah, dan aku berdoa untuk cupak dan gantangnya sebagaimana Ibrahim berdoa untuk Mekah.”

(Bukhari & Muslim)


“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah melakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.”

(Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah)



“Sesiapa yang memasuki masjid kami (masjid Nabi) ini untuk mempelajari satu kebaikan ataupun mengajarnya, adalah seumpama mujahid pada jalan Allah...”

(Ahmad, Ibnu Majah)



“Di setiap pintu masuk Madinah ada malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah.”

(Bukhari & Muslim)



“Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.”

(Bukhari & Muslim)



“Bersembahyang di masjidku ini seribu kali lebih afdhal daripada yang lain-lain kecuali di Masjidil Haram.”

(Bukhari & Muslim)



“Tidak digalakkan bermusafir melainkan ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram,Masjidil Aqsa dan masjidku ini.”

(Bukhari & Muslim)



“Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga, dan mimbarku terletak di atas kolamku (di syurga).”

(Bukhari & Muslim)



“Sesiapa yang memakan tuju biji tamar ‘ajwah (tamar Madinah) pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya.”

(Bukhari & Muslim)



“Sesiapa yang makan tujuh biji tamar yang tumbuh di antara dua tanah hitam (sempadan Haram Madinah) pada waktu pagi, dia tidak akan terkena racun hingga ke petang.”

(Muslim)


Rujukan: Mengenali Madinah Munawwarah Menerusi Kesan-kesan Sejarah

Susunan Abdul Basit Abdul Rahman

Cetakan ke-3 1999

Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

HAl-hal mimpi..................

Post  TOKCIK on Sun Oct 19, 2008 10:09 pm

Adapu hal-hal bermimpi adalh sesuatu yang memberi manfaat. Seperti firman Allah di dalam surah Al- Fath (48:27)
"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). "

Dan Allah berfirman di atas lisan nabi yusuf di dalam surah Yusuf (12:4)
"Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Seperti mana yang dikatakan oleh penyusun Kitab Al-Muzhir: "Syaitan tidak akan menjelma menjadi cahaya bukan sahaja Rasulullah malah segala saluran himat, kasih sayang dan hidayah seperti para nabi, para wali, malaikat, kaabah, matahari, bulan awan putih dan sebagainya. Kerana syaitan adalah penjelmaan sifat Al-Qahru yang mana tidak akan menyerupai mana-mana bentuk kecuali yang menyesatkan. Orang yang berada di dalam penjelmaan Al-Hadi tidak akan menjelma di dalam bentuk Al-Mudhil kerana sesuatu yang berlawanan tidak akan muncul di dalanm bentuk lawannya. Seperti api dan air. Air tidak akan menjelma menjadi apai dan sebaliknya kerana di antaranya terdapat perbezaan zat yang bertentangan. Dan Allah membezakan antara hak dan batil, benar dan salah sepertimana di dalam FirmanNya di dalam surah Ar-Ra'ad (13:17)

"Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."

Maka, tidak terdaya syaitan menjelma dengan kesemua cahaya-cahaya yang berkaitan dengan Saluran seprti yang dinyatakan tadi.

Mimpi mengandungi akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. SEperti melihat bidadari, istana-istana, pemuda-pemuda pelayan syurga. Begitu juga lapangan cahaya yang putih seperti matahari, awan putih dan sebagainya. Ini semua berkaitan dengan sifat hati.

Mimpi melihat haiwan yang halal daginya atau burung-burung adalah mimpi yang berkaitan dengan nafsu Mutmainnah. Kerana kehidupan nafsu Mutmainnah bersumber dari jenis-jenis tadi.

Contohnya;

Sapi datang dari syurga untuk Nabi Adam bertani di dunia Unta datang dari syurga untuk menjaga kaabah zahir dan batin. Kuda sebagai alat untuk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.

Rasulullah bersabda;

"Kambing itu dijadikan dari madu syurga, sedang sapi dijadikan dari za'faron syurga, unta dari cahaya syurga, kuda dari angin syurga dan baghal dicipta dari nafsu Mutmainnah yang terendah. Bila seseorang bermimpi melihat baghal bermakna malas dalam ibadah dan nafsunya berat."

Keldai dijadikan dari batu-batu syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan keturunannya di dunia dalam rangka menempuh darajat akhirat.

Bermimpi berbicara dengan roh manusia yang alim dan elok rupanya adalah dari penjelmaan cahaya ketuhanan kerana ahli-ahli syurga rupanya sangat-sangat elok.

Inilah mimpi-mimpi dari akhlak yang terpuji. seandainya bermimpi memerangi segala cahaya-cahaya dan saluran hikmat seperti yang dinyatakan, bermakna telah melakukan kesalahan yang amat berat yang menghampiri syirik dan terkeluar dari syriat islam.

Mimpi dari akhlak tercela pula berpunca dari nafsu Amarah, Lawamah dan Malhamah. Semua sifat ini akan dinyatakan di dalam mimpi-mimpi binatang buas dan sebagainya.

Harimau melambangkan sifat sombong pada Allah dan sesama manusia yang lain.

Singa melambangkan sifat sombong dan menagungkan diri pada manusia.

Beruang melambangkan sifat marah dan selalu ingin mengalahkan orang yang berada di bawahnya.

Serigala melambangkan suka memakan barang yang haram dan subahat tanpa dapat membezakannya.

Anjing melambangkan sifat hubud dunia (cintakan dunia) dan suka memaksa dan marah kepada urusan duniawi.

Babi melambangkan sifat dengki, tamak, dendam dan mengikuti keinginan syahwat.

Arnab melambangkan suka berhelah dan tipu daya di dalam urusan duniawi.

Musang sama seperti arnab tetapi lebih kepada sifat lupanya.

Kucing melambangkan sifat kikir dan munafiq.

Ular melambangkan sifat suka menyakiti orang dengan lisan seperti marah dan menjelek-jelekkan orang lain serta suka berbohong. Ada juga melambangkqan permusuhan dengan orang lain.

Kala jengking melambangkan sifat suka mengedipkan mata sebagai isyarat, menakut-nakutkan orang dan mengadu-ngadu.

Tawon melambangkan sifat suka menyindir.

Jika bermimpi memerangi binatang-binatang tadi dan tidak mampu mengalahkannya bermaksud perlu memperhebatkan lagi amalan atau ibadah dan perbanyakkan berzikir. Jika sebaliknya bermakna telah berjaya menghapuskan sifat buruk.

Jika bermimpi binatang tadi berubah menjadi manusia beerti keburukkan telah diganti kebaikkan.

Inilah mimpi-mimpi yang berkaitan dengan sifat buruk.

Begitulah ringkasan dan kesimpilannya yang dipetik dari kitab Syeikh Abdul Qadir Aljailani "Sirru Asrar".

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

tak mampu,,

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 11:53 pm

Assalamualaikum,,,

kepada tokcik,,maaflah coz ana sgt sibuk,,,xdapat nk baca semua tazkirah yg ent bg...bgs,,,mmg tazkirah ent best2,,tp ana xleh baca sekarang,nnt2 ana baca ye,,tp ent jgn stop terus mnghantr tazkirah,,,teruskan perjuangan enti tuk bg tazkirah kat sini wahai mujahid/mujahidah tokcik,,, jazakallahu/jazakillahu khairan kathira... Allahu Robbi,, Ana Fakirul ila Allah... Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

pabila jiwa hidup..........

Post  TOKCIK on Mon Oct 20, 2008 12:11 am

Apabila jiwa hidup atau jiwa jaga
Apa sahaja yang dilihat, dirasa, didengar,
disentuh menambahkan iman..

Orang yang jiwanya hidup sangat sensitif dengan Tuhan
Segala apa yang dialami terhubung terus dengan Khaliqul Alam
Tuhan sentiasa mengusik-usik perasaannya
Apatah lagi setiap yang hebat terasa olehnya kehebatan Tuhan

Setiap kebesaran yang dilihat terasa olehnya kebesaran Tuhan
Perjalanan malam dan siang terasa olehnya pentadbiran pencipta alam
Air bah, gunung berapi yang meletup, gempa bumi
terasa olehnya kekuasaan dan qudrat Tuhan

Setiap yang berlaku terasa olehnya kehendak Tuhan
Begitulah orang yang jiwanya hidup
Rasa bertuhan sentiasa subur
Buahnya lahirlah rasa kehambaan yang mendalam

Tapi apabila jiwa mati atau jiwa buta,
apa yang dilihatnya, didengar, dirasa
dan sebarang kejadian
tidak terasa apa-apa lagi
Bahkan makin membunuh rasa bertuhan
Rasa bertuhan terus mati
Side effectnya ialah rasa kehambaan hilang
Maka berlakulah satu malapetaka yang besar
kepada manusia di dunia

Apabila rasa bertuhan tidak ada
berlaku berbagai-bagai gejala yang tidak sihat
Penipuan, penzaliman, rasuah, pembohongan,
pembunuhan, penzinaan, perogolan
pencerobohan, pecah belah di kalangan manusia
di semua peringkat menjadi-jadi
Akhirnya dunia jadi neraka
yang menderita manusia juga

Maka musnahlah seluruh kehidupan manusia
Segala kesenangan dan kemewahan
sudah tidak ada erti apa-apa lagi.....

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Terima Kasih

Post  w@n$ tec on Wed Oct 22, 2008 2:36 am

Assalamualaikum,,

kepada tok cik dan semua mujahidin mujahidah semua,,maaflah dah lama xjoin,,, ana kurang sihat,,,jadi,, ana just sempat baca tazkirah yg diberikan oleh Yukiko kot pasal seorang gadis yg menyintai lelaki yg soleh.. rupa2nya kena pendamkan sahaja dahulu,,bila tiba amsanya baru luahkan,,ana akan cuba praktikkannya di masa hadapan.. mog2 ana,antum dan antunna masing2 menemui bidadari/jejaka soleh solehah di masa hadapan,, kepada yg telah menemuinya,, tahniahlah dan semoga kekal abadi hingga ke syurga abadi,, Amin... Allahu robbi.. Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

sOLAT DI AWAL WAKTU...........

Post  TOKCIK on Tue Nov 11, 2008 12:08 am

Solat Di Awal Waktu

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.

Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.

Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.

Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:

1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.

2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.

3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.

4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.

5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.

6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.

7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.

8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.

Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

BERSEDERHANA DALAM ISLAM...

Post  TOKCIK on Tue Nov 11, 2008 12:28 am

ISLAM menuntut setiap insan supaya berusaha mengejar dan mencari sedapat mungkin keperluan bagi menyempurnakan sebuah kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Cara paling sesuai dianjurkan Islam ialah dengan bersederhana.

Pada masa sama, perlu ada keseimbangan supaya kedua-dua tuntutan dunia dan akhirat dapat disempurnakan sebaiknya seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati besok pagi.” (Hadis riwayat Ibn Asakir)

Kehidupan di dunia dan akhirat hendaklah seimbang kerana kejayaan kehidupan akhirat bergantung kepada kejayaan hidup di dunia terutama dalam mencari reda Allah. Tidak boleh berat sebelah timbangan kerana ini akan menimbulkan ketidakseimbangan.

Oleh itu, tidak boleh ditumpukan kepada keperluan hidup di dunia semata-mata sehingga terlupa untuk mencari keperluan hidup di akhirat dan begitulah sebaliknya, tidak boleh ditumpukan kepada keperluan hidup di akhirat semata-mata hingga terlupa mencari keperluan hidup di dunia sekarang.

Mengambil jalan bersederhana dalam segala hal menggambarkan satu gambaran akhlak yang sangat murni dan terpuji. Sifat inilah yang sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah SAW sehari-hari sepanjang perjalanan hayatnya.

Sewajarnya sebagai umatnya, kita perlu mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ia satu tindakan terbaik dan pilihan paling tepat bagi seorang Muslim.

Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud: “Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (Surah al-Isra’, ayat 110)

Kesederhanaan tidak terhad kepada perbelanjaan saja, tetapi perlu dititikberatkan dalam semua aspek kehidupan termasuk dalam percakapan, pergaulan, beribadat, berpakaian dan menguruskan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Sesungguhnya bersederhana itu akan memberi kesan positif kepada diri seperti lahirnya sifat tenang dan sabar dalam jiwa, menjadi manusia berdisiplin dan bertanggungjawab baik. Orang yang bersederhana akan memperoleh kejayaan sama ada di dunia serta akhirat.

TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

40 nasihat Saiyidina Ali r.a

Post  ... on Mon Nov 17, 2008 11:02 pm

"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali r.a sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2.Menyokong kesalahan adalah menindaskebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :

1.mereka yang mengenal Allah
2.mereka yang mencari kebenaran
3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang
terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut
sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampauibatas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

IKHTILAT

Post  ... on Sun Dec 14, 2008 12:34 am

apakah yang dimaksutkan dengan ikhtilat/berdua-dua lelaki dan perempuan??

apakah hanya berjalan berdua2,duduk berdua2 ditempat sunyi...

ternyata ikhtilat bukan hanya itu, bahkan dalam sebuah pertemuan besar, dan sepasang lelaki dan perempuan tengah berbincang hal pribadi/bukan hal yang sama dengan hal yang dibincangkan oleh orang2 dalam pertemuan tu pun termasuk berdua2...

Ikhtilat dimaksudkan ialah lelaki dan perempuan yang sunyi or terasing oleh orang lain...or lelaki dan perempuan berdua2,walau pun ditmpt ramai,tapi mereka berdua berbincang hal mereka dan yang lain bincang lain...

Dalam pergaulan lelaki dan wanita mengikut Islam.. ada dua istilah yang nampak serupa tetapi tak sama.. iaitu konsep KHALWAT dan konsep IKHTILAT..

KHALWAT adalah berasal dari kata asal Khalaa-Yakhluu-Khalwah.. yang bermaksud menyendiri atau pun bersendirian.. Secara istilah, khalwat digunakan untuk hubungan antara dua orang di mana mereka menyepi dari pengetahuan atau campur tangan pihak lain, kecuali hanya mereka berdua.

Orang yang menyendiri di waktu malam dan bersolat malam juga dipanggil berkhalwat yakni dengan Allah swt.. Dalam hubungan pergaulan antara lelaki dan perempuan, ketika mereka asyik dengan urusan mereka berdua saja, atau berbicara hanya empat mata berdua, tanpa menghendaki ada orang lain disebut berkhalwat.

Berkhalwatnya lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah hal yang diharamkan di dalam syariat Islam. Dan Rasulullah SAW telah bersabda:

Jangan sekali-kali seorang pula-laki menyendiri (khalwat) dengan wanita kecuali ada mahramnya. Dan janganlah seorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya. (hari Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani, Baihaqi dan lain-lain).

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan. (Riwayat Ahmad)

IKHTILAT

Adapun Ikhtilat itu berasal dari kata akar Ikhtalataa-yakhtalitu-Ikhtilaah.. yang bermaksud bersama-sama atau bercampur baur.. yakni dalam hal hubungan sesama insan, bercampur lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dalam satu majlis atau suasana dsbnya..

Maka yang diperbincangkan oleh ulama adalah hukum ikhtilat.. bukan hukum khalwat.. kerana khalwat itu jelas haram.. tetapi ikhtilat ini adalah khilaf di kalangan ulama.. ada yang kata mesti ada dinding yang memisahkan antara lelaki dan perempuan, ada yang kata memadai dengan sehelai kain sahaja dan ada juga yang berpendapat memadai dengan jarak sahaja.. Hukum ikhtilat adalah harus dengan tujuan yang tidak menyalahi syara'..


hhmm...setelah tau..sebaiknya kita jauhi segala jenis berdua2 lelaki dan perempuan kalau kita nak selamat dari ranjau2 iblis...
selamat berjuang...

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Kelebihan BISMILLAH

Post  ,,, on Wed Dec 31, 2008 2:01 am

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

Cool Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

,,,
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: tazkirah best2..

Post  Sponsored content Today at 5:32 pm


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 2 dari 3 Previous  1, 2, 3  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik