isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Post  budak ba on Sat Oct 18, 2008 7:28 pm

bila menYENTUH ISU NIE... MEMANG BNYK NK DIBINCANGKN ... SUDAHLA ADA LECTURER YG BPAKAIAN X SNONOH MASAKAN LA PLAJA X BEGITU... BAK KATA PEPATAH.. CIKGU KENCING BERDIRI MURID KENCING BERLARI... TP NK PUJI PMAKAIAN PN ZAIRIHAN DR JAB ILMU PENDIDIKAN NMPK ANGGUN N MUSLIMAH... VERSATILE JER ... X SERABUT...NOT DRAGGY.. BUT FEMININ N COMEL...

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Untuk Semua

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 5:52 am

Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?


Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

setujuk

Post  budak ba on Sun Oct 19, 2008 9:29 am

ok dlm bab neh setujuk dgn wans tec... tp kan apa slhnya kalo dlm penampilan mUslim n muslimah kita selitkan unsur fesyen... bkn ape yela... ble umur dah meningkat.. kita kne la bpakaian cantik n semart skit nk cr pasangan... kalo x smpai ble pun xde sape2 jela... ANYWAY NK PUJI LA PMAKAIAN WARGA IPTB KINI RAMAI DAH MENUNJUKKAN TARING DAN BERANI UNTUK MENGGAYAKAN PELBAGAI FESYEN MENARIK YANG SUDAH SEMESTINYA BAKAL MENJADI IKUTAN... RAMAI PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DAH MULA MENJADIKAN LANDASAN JALAN-JALAN DI KWSN IPTB SEBAGAI PENTAS CATWALK.. HAHAH....SKE TGK.. SBB SBG GURU KITA KENA SENTIASA MEMBERI PENAMPILAN SEGAR BARULA MURID SKE TGK KITA... KALO SELEKEH JE SAPE PUN X LALU NK TGK X??? TAHNIAH DAN TINGKATKAN TASTE ANDA TERHADAP FESYEN... YG PENTING KITA BERFESYEN MGIKUT LANDASAN ISLAM COMEL DAN SEDAP MATA MEMANDANG... afro

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

aurat

Post  abcd on Sun Oct 19, 2008 1:29 pm

aku amat berharap warga iptb yg bergelar wanita dpt menutup aurat dgn melabuhkan tudung anda sehingga menutupi bhgn dada...

abcd
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

BETUL TU..

Post  budak ba on Sun Oct 19, 2008 3:33 pm

x semestinya bla kita tutup semua kita x bole berfesyen... bkn aper?? brla penampilan seseorang itu menarik dalam usaha menjadi seorang guru yang dihormati dan disegani semua...

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Post  cejuk on Sun Oct 19, 2008 3:53 pm

aku lemas tgk pelajar laki iptb khususnya yang suke suke buat fesyen rambut yang entah ape-ape..igt kita nak jadi cikgu bukan model...

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Post  cejuk on Sun Oct 19, 2008 3:54 pm

woi budak ba !!...ko tak payah nak sindir puan zairihan kat sini..aku tau ko maksudkan sebaliknya kan...

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

untuk semua..

Post  w@n$ tec on Sun Oct 19, 2008 7:18 pm

Pakaian Menutup Aurat
Soalan:
Ustaz, saya ingin mendapatkan pendapat tuan bagaimana ingin menasihatkan isteri supaya menutup
aurat. Isteri saya buat masa sekarang memakai tudung dan baju kurung, tetapi saya masih tidak berpuas hati kerana bagi saya memakai baju kurung masih lagi menampakkan bentuk badan.


Jawapan:
Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)

Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya tersebut. Jika suami merasakan bahawa isteri masih lagi belum melaksanakan syariat sepenuhnya, berusahalah membimbingnya dengan cara yang baik. Berilah nasihat dengan lemah lembut tapi tegas agar isteri faham bahawa menutup aurat dengan betul dan sempurna itu bukanlah perkara remeh, tetapi ianya merupakan perkara wajib. Jika suami masih membiarkan isterinya menampakkan bentuk tubuhnya, maka suami tetap berdosa kerana tidak mengendahkan tuntutan syarak.
Sila rujuk buku:
1. Rumah Idaman Syurga Impian "Isteri Teladan"

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

ko nie pehal cejuk tibe2...

Post  budak ba on Sun Oct 19, 2008 7:35 pm

ko pehal cejuk.. kalo nk ckp gne akal bkn gne LUTUT tau cejuk.. buat pe ak nk perli pn zairihan!!.. ak memang admire dia... dia contoh wanita elegan tau.. berkerjaya n muslimah... ko ni yg tibe xtau dtg dr mana2 tbe2 jer nk provok aku x tentu pasal... main jauh2 bole x cejuk..pn zairihan dr jab ilmu pendidkan.. tutur kata pun berhemah jer.. tinggi budi pekerti pmakaian pun ader klass... klu ko pmpuan cejuk... aku cadangkan ko cntohi dia... nie x xder keje lain nk provok org sana sini... cbela cr keje pekdah skit... Razz

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

setuju

Post  pinky on Sun Oct 19, 2008 9:31 pm

aku setuju dgn abcd.. aku mtk kawan2 ku yg pompuan labuh kan tudung..
sbb dgn kelalaian kta mdedahkan apa yg kta ada, depa budak laki yg kenyang memandang kita..
kang kta jugak mrh kat depa...

pinky
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

aurat..

Post  yu-jin on Sun Oct 19, 2008 10:51 pm

stuju ng pinky..
jom laa kwn2 pakat2 labuh kan tudung menutup dada...
lg 1 an..jgnlaa pakai tdg yang jarang..
smpai nmpk ponytail kat blkang..malu taw...
analoginya;
kalau macam ita tudung mknn dgn tdg saji, tp terbukak sikit kat tp, lalat still leh msuk n mknn akan rosak@cpat basi..
so, muslimat sekalian..
pakailaa tudung ng sempurna..kemas..sejuk mata memandang..

ni ada artikel yang dipetik dr byk g artikel yg bes2 n dpt dijadikan panduan berguna kpd kita)

Dihantar oleh: Zulhafidz
Editor: kasihsayang

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampakla yang xsepatutnya nmpk.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.. Bentuk yg xpatut2 pon terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

*edited by yu-jin (sket2,coz bhse 'tinggi' sgt Razz )

renung2kan...
maaf ats sgl kekhilafan..
slmt beramal..

yu-jin
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Post  ..fudhai on Mon Oct 20, 2008 3:28 pm

ana rasa pada mana2 yang mampu memakai tudung..pakailah..
anda sendiri belajar tentang islam...
anda sendiri telah belajar apa dosa tidak menurutinya...
anda sendiri paham apa dosanya pada yang melihat...
anda juga boleh paham itu yang menarik untuk dilihat...
anda juga paham itu juga boleh membawa kepada pergaduhan..

elaun yang ada tak salah kalo digunakan untuk buat perkara yang baik...
daripada digunakan untuk perkara2 yang kurg berfaedah..
indah kan islam
sama2 kita membentuk masayarakat yang mempelajari, memahami dan mempraktikkan ilmu agama yang dipelajarinya...
pada yang mampu membimbing, sama2 kita usaha kan..
selamatkan generasi ini untuk kebaikan bersama...

..fudhai
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: isu fesyen dan pakaian menjolok mata pensyarah dan warga kampus...

Post  Sponsored content Today at 4:01 am


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik