[b]Tinta Buat Teman[/b]

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

[b]Tinta Buat Teman[/b]

Post  MuHaFiS on Mon Oct 20, 2008 1:08 pm

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat teman2 yang sudi membaca kiriman saya ini. Tahukah kalian bahawa bumi sedang mengalami tekanan yang amat dahsyat dengan aktiviti-aktiviti pembangunan. Aktiviti ini berpunca daripada manusia yang rakus untuk mengaut keuntungan dan juga mempunyai kepentingan untuk diri sendiri. Berikut adalah serba sedikit pengetahuan yang dapat saya bincangkan dengan rakan-rakan yang prihatin dan bertanggungjawab.:

Hutan Ulu Muda memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan air untuk memebekalkan air kepada empangan Pedu, Muda dan Ahning. Di samping itu, menjadi sumber kepada sungai-sungai utama yang menyediakan 80% air minuman untuk Penang , Kedah dan sebahagian kecil ke Perlis. Di Bawah Rancangan pengairan muda ini hampir 40% sumber padi Malysia di hasilkan.

Namun satu kejutan besar berlakuapabila terdapat cadangan membalak di kawasan Ulu Muda. Kali ini cadangan datang sendiri dari Menteri Besar Kedah yang baru iaitu YAB Azizan Abdul Razak. Berdasarkan kenyataan Menteri Besar cadangan yang dikemukakan adalah sama dengan cadangan yang dikemukakan pada tahun 2003. Beliau menyatakan kaedah yang digunakan untuk membalak merupakan kaedah mesra alam tetapi merujuk kepada Laporan Impak Alam Sekitar (DEIA) pada tahun 2003 dianggarkan lebih 4 juta pokok akan ditebang dengan laluan balak sejauh 404 km. Impaknya akan memberikan kesan buruk kepada nilai ekonomi sumber air kawasn tadahan air ULU MUDA ini. Renung dan fikirkanlah. Mad Exclamation Kes ini masih lagi diperjuangkan dan marilah kita bersama berdoa agar kemenangan dapat diperoleh.. -CARE IPTB-

MuHaFiS

Jumlah posting : 1
Join date : 20.10.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: [b]Tinta Buat Teman[/b]

Post  T-Max on Mon Oct 20, 2008 2:45 pm

dia kata nk potong balak kat situ mcm cabut uban di rambut jaa...

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik