Tinggal luar tahun2009

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Tinggal luar tahun2009

Post  KU KK on Mon Oct 20, 2008 1:33 pm

Untuk makluman semua seramai 95 orang akan dikeluarkan daripada asrama mulai 2009.
Atas nasihat Tim.Pengarah IPTB, pelatih yang terlibat adalah pelatih lelaki sahaja.
Jadi, untuk tidak menyusahkan anda kepada yang berminat, tempat tinggal keluarga berdekatan, atau yang ingin keluar atas sukarela ,sila beri nama kepada saya selewat-lewatnya hujung minggu ini (24.10.2009).

Walaubagaimanapun pihak HEP akan memilih sendiri jika masih tidak ada permohonan, berdasarkan kriteria yang telah saya maklumkan terlebih dahulu.

KU KK

KU KK
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Minta Kaji Semula (tingal luar 2009)

Post  Batman on Wed Oct 22, 2008 12:17 am

Assalamualaikum, Diucapkan kepada En. Shahidan.
Berikutan dengan arahan tinggal di luar pada tahun 2009 hingga 2010 iatu tempoh selama 2 tahun atau 4 semester adalah satu perkara yang amat serius dan perbincangan dari pihak Pengurusan dan juga dari perwakilan pelajar adalah perlu.

Saya redha jika nama saya terpilih dalam senarai pelajar yang tinggal di luar namun, disini saya ingin mencadangkan beberapa alternatif dan perubahan yang saya amat berharap ihak tuan dapat diteliti.

1. Pada awal ramadhan Kami pelajar PPISMP semester 3 pelatih yang mendiami aras 3 blok aman diarah bertukar ke blok budiman kerana kerja pembaik pulih bumbung di aras kami akan diadakan. Namun pada hari ini saya mendapat tahu sejumlah 96 org pelajar akan dipaksa keluar SELAMA 2 TAHUN kerana kerja pembaik pulih bumbung di blok pelajar perempuan.

Cadangan 1.
Pada pemerhatian dan penelitian saya kerja pembaikpulihan bumbung akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yakni 1 blok demi 1 blok. logiknya tidak mungkin akan ada 5 kren beroperasi pada waktu yang sama untuk kerja pembaik pulihan.

*Saya mencadangkan pihak tuan meneliti tempoh untuk membaik pulih 1 blok dan mengarahkan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang berpindah.
tidak perlulah memindahkan sekaligus 96 pelajar dan sedangkan kerja pembaik pulihan sedang dijalankan hanya di 1 blok.

Contoh terbaik ialah pemindahan di aras 3 blok Aman yang saya ceritakan tadi. kerja pembaikpulihan hanya baru bermula di blok Gemilang.

Jadi saya mencadangkan arahan keluar secara berperingkat-peringkat sejajar dengan kerja pembaikpulihan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

sekian setakat ini sahaja cadangan dan permintaan saya ini diharap maklumbalas saya ini mendapat perhatian pihak yang berkenaan, saya meminta toleransi dan belas kasihan dari pihat tuan sesungguhnya mata yang melihat tidak sama beratnya dengan bahu yang memikul. sekian terima kasih.

Batman

Jumlah posting : 13
Join date : 23.07.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik