Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  T-Max on Sat Apr 04, 2009 12:04 pm

DALAM ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pendidikan mencadangkan supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Namun menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah.

Tegas beliau lagi, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.

Pada asasnya, guru dan pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan menyertai politik dan mereka perlu bersikap neutral. Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Pegawai kerajaan dari Kumpulan A atau Pengurusan juga tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat mahupun di luar waktu pejabat kerana dikhuatiri boleh menyeleweng daripada tugasnya.

Bagaimanapun, kakitangan Kumpulan Sokongan dibenarkan bergerak aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan ketua jabatan yang harus menilai semua faktor sebelum memberi kelulusan.

Menurut Tan Sri Ismail Adam lagi, cadangan itu jika masih hendak dilaksanakan mesti diperhalusi secara mendalam. Kita mungkin perlu ada kaedah atau syarat tertentu yang difikirkan sesuai jika cadangan ini mahu dilaksanakan. Buat masa ini larangan itu masih kekal dan wajib dipatuhi pegawai kerajaan termasuk guru.

APA PULA PANDANGAN / PENDAPAT PEMBACA SEKALIAN ?

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  socrates on Sat Apr 04, 2009 7:38 pm

setuju kalu dilonggar/dihapuskan akta yg membuatkan guru/kakitangan kerajaan yg lain tersekat dari terus bersuara secara langsung melalui parti2 tertentu..

tak setuju sbb dibuka kpd guru kelas A sahaja....
kelas2 lain....?

ps:Guru Kelas A tu pe benda...?hahaha Laughing Question

socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

Lihat profil user http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  T-Max on Tue Apr 07, 2009 4:56 am

guru berijazah kot..

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  AriffPutera on Sun May 31, 2009 7:14 am

Aku xkisah. Asal jgn terabai anak murid sudah.. G pun aku xske tgk ahli keparat join politik.. Rosak binasa negara sbb amalan suap- menyuap, "memuji" sesame sendiri..

p/s- Awatla dorang wat pilihanraya penanti time exam.. Waa.. Tensi2.. xlepaih nak kuar umah weh.. geek

AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 29
Lokasi : Malaysia

Lihat profil user http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  socrates on Sun May 31, 2009 10:13 am

AriffPutera wrote:Aku xkisah. Asal jgn terabai anak murid sudah.. G pun aku xske tgk ahli keparat join politik.. Rosak binasa negara sbb amalan suap- menyuap, "memuji" sesame sendiri..

p/s- Awatla dorang wat pilihanraya penanti time exam.. Waa.. Tensi2.. xlepaih nak kuar umah weh.. geek

tau2..pak polisi jgk dtg mengawal stiap mlm...
klu tau dek lectrer, silap2 korang kena fitnah tau...
hehehe

socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

Lihat profil user http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  T-Max on Sun May 31, 2009 12:10 pm

jom ngundi kak min....

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  socrates on Sun May 31, 2009 6:32 pm

kak min...?
ceeehhhh...dari undi dia baik aku undi makmah ja tuan ghumah sewa aku...
pape pun, undi adalah rahsia ye kak min..
tak yah la nk kecoh2...aku pun dah byk kali kena tawar org nak bg rahsuah...
rilek je tak msk tv pun...
hampeh...

socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

Lihat profil user http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Re: Guru dibenarkan berpolitik...setuju??

Post  Sponsored content Today at 5:38 pm


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik