Pelajar Perempuan Tinggal Di luar.

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Pelajar Perempuan Tinggal Di luar.

Post  Batman on Sun Apr 19, 2009 12:25 am

Salam,

Seperti biasa e-forum IPTB menjadi media pilihan kerana di masa senggang seperti ini kita boleh terus menyatakan pendapat secara neutral dan diharapkan pihak yang berkenaan membaca apa yang ditulis di post ini.

Semalam saya dimaklumkan apabila intake baru julai 2009 tiba, Pihak Pengurusan Asrama sekali lagi membuat keputusan untuk menyenarai sejumlah pelajar "PEREMPUAN" untuk tinggal di luar. tanpa apa-apa perbincangan dengan Biro Kediaman JPP. *apa guna JPP di IPTB jika tidak dibenarkan menyuarakan pendapat.

jadi sia sia sahajalah karnival hari terbuka asrama yang dianjurkan baru baru ini. dimana Pengarah, Pn. Hjh. Rohani Memuji Asrama Budiman yang dijaga elok oleh pelatih perempuan.

tempoh arahan keluar kali ini saya tidak maklum diharapkan buat jangka masa yang pendek saja lah tidak seperti pelatih lelaki.

Saya rasa pihak Tuan sendiri maklum akan "suasana di kawasan Bukit Mertajam ini" FRU pun takut nak masuk area ni..


sebagai pelatih kami perlu akur pada pihak pengurusan dan sebagai pihak pengurusan mereka perlu akur pada pihak atasan

Tetapi jika satu kes besar terjadi dan terpampang di muka akhbar "Pelatih IPTB di ?????" kepada siapa jari akan dituding.

Ibu dan Ayah pelatih menghantar anak mereka ke IPTB setuju dengan syarat "asrama disediakan" namun hati Ibu mana yang akan tenang jika tiap2 hari anak mereka tinggal di luar di "kawasan hitam."

diminta Pihak berkenaan sudi menjawab beberapa soalan.

1.Bolehkah maklumkan berapa lama tempoh arahan tinggal di luar untuk kali ini?

2.Bilakah tarikh anggaran Kerja pembaik pulih di Blok Perempuan akan siap?

3. Adakah surat makluman waris "photostate xerox" yang sama seperti kes pelajar lelaki akan dihantar kepada waris?

4. adakah seluruh blok budiman yang kini didiami oleh pelatih perempuan akan dikhaskan untuk pelatih baru.?

Harap maaf jika post ini menyinggung mana mana pihak..

"Biar hidup tidak disanjung namun jangan sekali dibenci orang"

Batman

Jumlah posting : 13
Join date : 23.07.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik