Kunci bilik

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Kunci bilik

Post  Ketua Un on Mon May 26, 2008 5:38 pm

Shocked Biarpun diberi notis, diberitahu secara lisan, taklimat dah diberi pada awal tahun namun kalau dah degiltu degil juga. Sepatutnya kunci asrama diserah kepada Penyelia Asrama sebelum anda bercuti, tetapi masih ramai yang tidak berbuat demikian terutama penghuni Blok Aman. Kita cuba nak buat anda macam orang dewasa, tapi anda tidak suka dilayan begitu, jadi semester depan kita layan macam budak-budak.
Kepada yang tidak memulangkan kunci jangan marah jika anda dapat surat merah daripada HEP bila anda balik nanti dan besar kemungkinan anda akan diminta tinggal diluar semester depan.

Ketua Un
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

MARILAH HISAB DIRI MUHASABAH AMAL

Post  KCG 2557 on Wed May 28, 2008 12:57 pm

SEMOGA APA YG berlaku tidak berulang lagi
1.sediakan ruang yang lebih utk pelajar simpan brg2 mereka
2.ltakkan staf d setiap blok utk kutip kunci...
3.maafkan apa yang berlaku
4.toleransi itu perlu
5.apa erti kebajikan pelajar jika semuanya menggunakan undang2
tiada hak untuk bersuara???????????????

KCG 2557
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Kunci bilik

Post  T-Max on Sat Jun 28, 2008 7:48 pm

sepatutnya lect pikir dulu sblum nk kuakan satu arahan...nk suh serah kunci tp terfikir kah lect ada student yg masih tggal lg kat ostel...bukan semua nya balik ikut time...cuba pikir...ada yg bas ari sabtu...warden pun nk gak cuti x kan nk tggu asrama kosong kot...

sepatutnya bnda ni dibincangkan dulu...

cadangan hamba pasni serah kunci kat pakgad.,..mcm mana??

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

serah kunci

Post  KUKK on Mon Jun 30, 2008 11:09 am

Sebenarnya jika anda rasa tanggungjawab anda sepatutnya;

i. Maklumkan kepada pihak Kolej Kediaman yang bila anda akan balik, kerana bayaran asrama tidak dipotong bila cuti jadi dikira anda tidak berhak duduk lagi tapi jika dimaklumkan pihak asrama boleh uruskan bagaimana nak serah kunci.

ii. Walaupun Waden tak ada, atas rasa t/jawab anda sepatutnya serahkan kunci sama ada di pondok jaga atau di rumah saya.Saya sentiasa berada di rumah.

iii. Kumpul semua kunci beri kepada mereka yang terakhir balik jadi orang itu saja yang serah kunci kepada saya di rumah saya.

Saya sentiasa prihatin dengan anda cuma yang perlu anda datang berbincang , tapi bila kena denda barulah baru melatah itu tak kena ,ini tak kena.Segala peraturan termaktub dalam Buku Peraturan cuma tidak dikuatkuasakan.

KUKK
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Kunci bilik

Post  T-Max on Mon Jun 30, 2008 1:40 pm

KUKK wrote:Sebenarnya jika anda rasa tanggungjawab anda sepatutnya;

i. Maklumkan kepada pihak Kolej Kediaman yang bila anda akan balik, kerana bayaran asrama tidak dipotong bila cuti jadi dikira anda tidak berhak duduk lagi tapi jika dimaklumkan pihak asrama boleh uruskan bagaimana nak serah kunci.

ii. Walaupun Waden tak ada, atas rasa t/jawab anda sepatutnya serahkan kunci sama ada di pondok jaga atau di rumah saya.Saya sentiasa berada di rumah.

iii. Kumpul semua kunci beri kepada mereka yang terakhir balik jadi orang itu saja yang serah kunci kepada saya di rumah saya.

Saya sentiasa prihatin dengan anda cuma yang perlu anda datang berbincang , tapi bila kena denda barulah baru melatah itu tak kena ,ini tak kena.Segala peraturan termaktub dalam Buku Peraturan cuma tidak dikuatkuasakan.

maaf saya nak mencelah...ini kisah sorg member yg x boleh balik ikut time masa cuti aritu...sbb dia ada tugas di pulau dan berkhidmat atas nama IPTB (pegi hari ahad and balik IPTB hari jumaat..balik rumah hari sabtu...seminggu dia abis atas nama IPTB..)....dia dh infom kat bahagian asrama di HEP ttg a few students yg kena stay smpai hari ahad...xtually saya pun ada jugak masa tu...kami dh tya kena kosong bilik tak n kerani tu cakap kena (mmg dh agak pun jawapannya)...tapi dia x de pun tya bilik mane semua...n saya rasa dia pun x tau student kena serah kunci bilik sbb kalau dia tau msti dia dh mintak butiran yang patut....mmg kebiasaan sejak kat sini kami x penah serah kunci bilik kecuali kami punya course dh tamat...pasal bayaran apa semua tu takde pun kerani tu tya bape hari kena dok sampai bila apa semua...so kami pun x kisah sgt laa...kami taw ini akan merenyahkan lagi tugas dia...dan sememangnya sy pun x tau pasal arahan serah kunci...saya x tau hari apa arahan dikeluarkan sbb sy pergi ke pulau pada hari jumaat (hari guru) dngn surat pengecualian kuliah...b4 that sy mmg x tau menau pun....lepas balik maktab je tiba2 baru tau pasal ni...

mmg serah kunci tggujawab student....tapi mungkin ini baru pertama kali tindakan diambil secara drastik...mungkin pasal serah kunci kat pondok pakgad ni encik kena wartakan kat assembly...tidak sapa yg nk tau...maklum laa kes curi tu pun .........mls nk cakap byk...

apa pun KUKK hanya menjalankan tugasnya...terima kasih daun keladi...jasa ttp jasa kritik ttp kritik...

saya cuma nk lect dgr pndgn kami...jgn nk salahkan kami jer...knapa kalau ape2 studnt je salah...

tq atas pembinaan bangsal moto kat blok aman...cadangan saya biar semua keta gi letak luar je...menyemak je letak dalam asrama...kalau nk letak kejap2 takpe laa...ini kdg2 smpai bangsal lect pun dia nak sapu....

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

serah kunci

Post  kukk on Mon Jun 30, 2008 4:59 pm

Kepada yang bertugas atas nama IPTB sila datang jumpa saya secepat mungkin, kenapa bila nak bayar tak bagi tau.Perkara boleh runding kita runding, jangan dok cakap saja.

Untuk makluman 2 Penyelia ada orang baru, mungkin mereka x tahu peraturan.

kukk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Kunci bilik

Post  T-Max on Wed Jul 02, 2008 12:55 am

ok...tq 4 da info...apa pun saya x kena bayar pun sbb saya dh buat ape yg disuruh...tp kesian laa dengan member...

encik sy nk tya mcm mana prosuder nk tukau bilik??tp bukan ke bilik kosong tp tukar atas suka sama suka..

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

tukar bilik

Post  kukk on Wed Jul 02, 2008 10:46 am

Pada dasarnya pertukaran bilik tidak dibenarkan kecuali:

1. Bilik sedia ada ada kerosakan kritikal
2. Rakan sebilik tidak sesuai, (tapi eloklah diselesaikan secara elok)
3. Pertukaran suka sama suka (Perlu datang yang terlibat jumpa saya)
4. Buat surat permohonan rasmi tujukan kepada KUKK

Di sini juga saya ingin memaklumkan kepada pemilik motosikal yang sering meletak motosikal di kaki lima asrama. Sila pastikan tidak ada motosikal di kaki lima asrama, kerana parking motosikal saya lihat masih muat untuk motosikal anda. Kepada pemilik motosikal berkenaan tindakan yang boleh diambil ialah TIDAK AKAN dikeluarkan stiker untuk tahun depan. Plat nombor dan nama pemilik ada dalam rekod jadi tidak sukar untuk mengambil tindakan. Sila beri kerjasama untuk kesejahteraan semua. Terima kasih atas kerjasama pemilik motosikal yang lain.

kukk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Kunci bilik

Post  T-Max on Wed Jul 02, 2008 6:39 pm

kukk wrote:Pada dasarnya pertukaran bilik tidak dibenarkan kecuali:

1. Bilik sedia ada ada kerosakan kritikal
2. Rakan sebilik tidak sesuai, (tapi eloklah diselesaikan secara elok)
3. Pertukaran suka sama suka (Perlu datang yang terlibat jumpa saya)
4. Buat surat permohonan rasmi tujukan kepada KUKK

Di sini juga saya ingin memaklumkan kepada pemilik motosikal yang sering meletak motosikal di kaki lima asrama. Sila pastikan tidak ada motosikal di kaki lima asrama, kerana parking motosikal saya lihat masih muat untuk motosikal anda. Kepada pemilik motosikal berkenaan tindakan yang boleh diambil ialah TIDAK AKAN dikeluarkan stiker untuk tahun depan. Plat nombor dan nama pemilik ada dalam rekod jadi tidak sukar untuk mengambil tindakan. Sila beri kerjasama untuk kesejahteraan semua. Terima kasih atas kerjasama pemilik motosikal yang lain.

pasai stiker...saya suka stiker yg jenis lama...stiker oren tu surface licin...tulih plat pun x lekat,lama2 hilang...so anytime je leh tukau2 ke moto lain...

rasanya dr pakai stiker tu bek pakai stiker barcode...baru style...huhu..

harga minyak naik ni ghasa nk bawak gerek jaa...senang sikit pi kelas...

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

elok bawa basikal

Post  selamat, on Sun Jul 13, 2008 12:57 am

as.kum.

saya setuju benar kalau semua kita beli basikal....apa salahnya....dapat juga berpeluh dan jimat duit........

elok lah ......tu

sekian

selamat,
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

tukar bilik

Post  samporna on Wed Jul 16, 2008 4:58 pm

salam encik......
saye nak tanye kalau roomate saye tak duduk di bilik tetapi duduk di bilik orang lain macam mane?

samporna
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

nk tnya siket

Post  sasa on Thu Sep 25, 2008 6:28 pm

saya nk tnya siket tntg cuti sem ni kena bersihkan bilik ke?sbb saya ni orng johor x kan stiap cuti sem nk bawa balik brng smua.sya ingn bg 1 cdngn boleh x org johor atau orng seltn boleh simpan barng2 kt bilik sndiri cz kite ni mmng tetap di bilik yg sama til final year.harap en brsimpati dgn kite ni.

sasa
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bilik

Post  ibrahim on Fri Sep 26, 2008 8:16 am

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya,

soal bilik elok bincang dengan warden, sebab kalau masa cuti yang KDC datang kita kekurangan bilik. Sekarang ni KDC kita ramai dan keperluan bilik amat ketara. Jadi cuba bincang cari tempat alternatif.

sekian.

ibrahim
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Kunci bilik

Post  KU KK on Fri Sep 26, 2008 9:21 am

Very Happy Assalamualaiikum.....SELAMAT HARI RAYA
Sebenarnya kami bersimpati dengan anda tetapi oleh kerana bilangan pelatih KDC agak ramai menyebabkan semua bilik terpaksa digunakan.Kita tidak boleh memberi pengecualian kepada pelatih-pelatih tertentu cuma kita boleh sediakan bilik khas di setiap aras.Keadaan ini akan berterusan selagi kita masih menerima pelatih KDC.

Shocked Lebih-lebih lagi apabila semua aras 3 tak boleh digunakan sehingga semester depan, ini lebih merumitkan.Walaubagaimanapun kami cuba yang terbaik untuk anda.

KOMITMEN KAMI KESELESAAN ANDA.
SELAMAT HARI RAYA DARIPADA UNIT KOLEJ KEDIAMAN, MAAF JIKA PERKHIDMATAN KAMI MASIH BELUM DAPAT MEMUASKAN HATI ANDA

ikhlas daripada:
Ketua Unit Kolej Kediaman dan Penyelia Asrama

KU KK
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Kunci bilik

Post  Sponsored content Today at 5:38 pm


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik