Singgah sekejap

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Singgah sekejap

Post  orebule on Fri Jul 04, 2008 9:56 am

Saya berpendapat, ruang forum untuk staf dihadkan kepada hanya staf yang berdaftar sahaja. Tidak boleh dicerobohi oleh pelajar dan bukan staf. Forum staf juga sepatutnya tidak boleh dibaca oleh pelajar. Dengan cara ini saya berpendapat, staf mptb akan berasa mereka ada privacy dan boleh berbincang apa saja berkait rapat dengan tugas professional mereka tanpa dicelah oleh komen-komen nakal pelajar. Jika ramai staf menyertai ruangan forum ini , tentu suasananya akan lebih meriah.. Perkara ini saya terbaca pernah disuarakan oleh beberapa orang pensyarah, tetapi moderator nampaknya buat tak kisah aje. Komen-komen negatif boleh dibaca oleh orang luar di seluruh pelusuk dunia.
Forum pelajar juga harus dikawal. Indentiti pelajar perlu dikenalpasti walaupun menggunakan nama samaran. Sudah ada kecenderungan pelajar membaling batu sembunyi tangan. Ada pelajar begitu berani mengutuk peribadi pensyarah. Sungguh biadap. Sikap yang tidak perlu ada dlm diri bakal guru yang ingin mptb ingin lahirkan. Sebagai pemerhati, saya dapati trenda ini tidak sihat. Pelajar mencemuh pensyarah dengan cara terbuka. Sebagai bekas graduan iptb, rasa rasa tersentuh sekali. Kami dulu begitu menghormati pensyarah kami. Kami beramai-ramai minta halalkan ilmu yang mereka curahkan kepada kami. Saya juga masih merindui mptb. Sebab itulah saya kerap mengunjungi web atau blog yang ada tag mptb. Saya rasa sedih juga bila disindir oleh rakan guru bekas pelatih maktab lain mengenai hal ini menyebabkan saya terpanggil untuk menulis komen ini.
Dalam perjalanan balik bercuti, saya singgah berjumpa dengan beberapa orang bekas pensyarah saya. Sempat saya bersembang dengan beberapa orang pensyarah . Terdengar juga isu bagaimana Ketua Unit boleh “rampas” bilik-bilik KJ untuk dijadikan bilik kerja, macam tidak ada bilik lain yang lebih sesuai he he macam belanda dapat tanah. Laughing Oppss tersasul pula saya. Maaf. Naluri keguruan saya berkata, orang yang lebih dewasa perlu kita hormati. Orang yang tinggi hiraki kita kena dulukan. Murid kena hormat guru. Lantaran itu saya masih menghormati bekas-bekas pensyarah saya dan rakan seprofessional yang lebih seniors. Apa-apa pun saya berharap, moderator forum ini lebih perhatin dengan apa yang ditulis oleh ahli forum ini. Kena ada "gatekeeper". Maaf dan TK. What a Face

orebule
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Terima kasih

Post  Modereto on Fri Jul 04, 2008 10:46 am

Kepada yang menulis,

terima kasih di atas pandangan yang telah diberikan. Sebenarnya kami juga berpandangan seperti anda. Sebelum ini, ruangan forum ini kami kawal, dimana setiap pengunjung perlu mendaftar & memperkenalkan dirinya sebenar, tetapi tiada seorang pun yang sanggup bersuara...dan tidak ada sambutan. Buat masa ini Kami cuba memberikan sedikit ruang untuk kita bersuara...dan diharapkan pihak-pihak yang terlibat juga memberikan jawapan ke atas persoalan yang ditimbulkan supaya mereka yang bertanya menyedari apa sebenarnya yang berlaku. dan berbincang terutama yang berkaitan dengan profesyen kita sebagai pendidik. Kami cuba membuat analisis kecenderungan perbincangan di dalam forum ini. tetapi dari masa ke semasa kami juga sentiasa membuat pemantauan dan menyingkirkan pendapat-pendapat yang kurang sesuai dan tidak membina. selamat berforum..

Terima kasih

Modereto
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: Singgah sekejap

Post  T-Max on Sat Jul 05, 2008 6:20 pm

balik kepada tujuan asal forum...untuk mencari masalah dan sama2 selesaikan...kena sama2 terbuka laaa...

dulu sy masih igt encik azman antara member yg xtif...ada juga pensyarah2 lain yg respon pada komen pelajar...

dalam isu suarakan...setiap org ada hak dan setiap org berhak nk jawab atau tak...

apa yg saya nmpk skrg ada peljar yg nk bersuara tp x ada pensyarah yg nak respon...semua sbb nk jaga privacy masing2..

kita kena belajar pisahkan dunia web dan dunia sebenar...
x ramai pelajar yg bersuara di sini...tp suara mereka merata2 dia forum2 dan grup luar...

jgn sampai jadi mcm sebuah maktab di timur semnanjung....kononnnya antara mktb tertua..tapi segala korupsi dh tersiar di blog2...tak malukah??

takkan smpai pelajar nk kena tulis blog kot...malu laa...

rasanya forum ni kena ada kerjasama antara pelajar dan pensyarah...baru berjaya...mode,mana JPP biro komputer...x kan dh siap satu blog trus senyap kot...hehehe

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: Singgah sekejap

Post  Sponsored content Today at 4:07 am


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik