budaya bercouple di maktab

Halaman 1 dari 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

budaya bercouple di maktab

Post  mawar be on Thu Aug 07, 2008 12:17 am

Remaja zaman kini kerap kita dengar sering terlibat dengan masalah 'Bercouple' atau dalam bahasa Melayunya berpasang-pasangan atau dalam bahasa indonesia pula berpacaran , namun ada yang berbangga jika mereka bercouple , yang utama bercouple adalah haram di sisi agama kita Islam kerana boleh menjerumuskan kita ke kanchah penzinaan firman Allah.s.w.t dalam surah Al-Isra' "dan janganlah menghampiri zina" Adakalanya mereka tak faham jika kita perkatakan mereka akan menjawab 'kami tidak buat apa-apa hanya duduk berdua sahaja dengan menganggap tidak ada kesalahan kebanyakkan daripada mereka yang menjawab kurang pendidikan agama, Tetapi mengapa ada siswa dan siswi berbuat demikian, ini kerana mereka 1.mereka tidak takut pada Allah. 2. tidak mengamal ilmu yang di pelajarinya

Walaupun mereka kata mereka tidak buat apa-apa hanya duduk sahaja namun jika mereka duduk berdua-duan maka orang yang ketiga ialah syaitan bak kata ustaz Akhil hayy yang namanya kian melonjak naik .Mula-mula mata bertentang mata, tangan berjabat, kemudian peluk erat-erat, nafas naik tersekat-sekat , tidak takut Allah dan malaikat, usah pedulik agama dan syariat , maka badan kempis terus jadi bulat justeru itu kita hendaklah bertaubatlah dengan segera .

Ada remaja mengatakan muda bukannya lama nanti tua aku taubatlah bila nak tunggu adakah bila mata dah kabur,pipi dah kendur,uban dah berterabur yang tunggu hanya lobang kubur masa itu kah yang kita nak taubat dengan adanya 1001 penyakit ehm baik takpayahlah dari itu bertaubatlah segera selagi pintu taubat kita masih terbuka dari itu renung-renungkanlah Artikel ini

mawar be
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Sat Aug 09, 2008 3:06 pm

aku bangga berkapel sbb aku membuktikan diri aku tidak gay...tapi aku malu bila dok angkut anak dara org jalan merata2...fitnah berkuasa di akhir zaman

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  misz bat on Sat Aug 09, 2008 5:54 pm

mr its..nape ko kata bangga berkapel lak??
stiap insn kat dnia nie dcptakan untk pasngn yg berlainan..
klu x berkapel 2 xsmstnya dicop sbg gay..abs klu pompuan leh dcop sbg les la ek..
jgn wat persepsi cm2..
* kepada semua :
lebh bek curhkan rs cinta yg mendlm pd Tuhan Pencipta..kerna cnta 2 xkn ilang wat slamanya..hayatila...renungn bersma..
-ditujukan kpd semua termsk dri ini-

misz bat
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Mon Aug 11, 2008 10:43 am

misz bat wrote:mr its..nape ko kata bangga berkapel lak??
stiap insn kat dnia nie dcptakan untk pasngn yg berlainan..
klu x berkapel 2 xsmstnya dicop sbg gay..abs klu pompuan leh dcop sbg les la ek..
jgn wat persepsi cm2..
* kepada semua :
lebh bek curhkan rs cinta yg mendlm pd Tuhan Pencipta..kerna cnta 2 xkn ilang wat slamanya..hayatila...renungn bersma..
-ditujukan kpd semua termsk dri ini-

sbb tu laa kapel tu fitrah..berpsgn belainan adalah fitrah manusia...ko x bangga ke ko ni jd manusia yg ikut jalan betul..
aku nk tegaskan yg aku x kisah dan suka bila org berkapel...tp aku x suka bila yg lebih dr kapel..kapel dr perasaan bukan dr body...dr mata turun ke hati cukup...ni nk turun kat bodi plak apa kes....(*******************}...

bagi mengelakkan pihak yg terasa aku menarik balik kata yg terdapat di dalam ( )


Terakhir diubah oleh Mr.Its tanggal Wed Aug 13, 2008 10:38 pm, total 1 kali diubah

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

kapel...oh....kapel.....

Post  pendekar on Tue Aug 12, 2008 1:51 pm

mr its... ko bgga sgt ko kapel?atao ko lg bgga bila ko ikut suruhn-Nya "Janganlah kamu menghampiri zina"?
kenapa Allah menggunakan perkataan 'Jangan kamu menghampiri' bukannya 'jangan kamu berzina' hg dak sekolh agama....
esti hg tau napa
renung2 kan..... Selamat beramal Mr its...............
so.......
jgnlh dibggakn yg hg berkapel....
hg suke2 nk dedah hal org....
yg cite hg satu malaya tau hg tak pikir..
berape org hg cube pikat.. tp dyeorg pandan sblh mate jer..
hahahaha...
insaflah..
kdg2 dgaq name hg pun org tergelak...

pasal org angkot nak dare org tue...
ko dengki pehal...
bukn dyeorg wt mende pepun...
org yg berhati busuk je suke syakwasangka....
huhuhuh...
nape... tergigt lidah sendiri nmapak...
huhu...
mr its....
ada 3 cr menegur kemungkrn....
guna tgn.....
lidh....
dan hati.... tapi menggunakn hati adlh selemh-lemh iman....
so...
klu dh mlu...sme2lh tangani...
buknnya join sme dlm diam....
selamat beramal mr its.......

pendekar
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Tue Aug 12, 2008 11:48 pm

huhu...aku pikat pun kurg2 aku x de ajak org pg buat maksiat...
sekadar meluahkan ape yg ade dlm hati x kan salah kot??huhu
penahke aku ajak org kua dating?
org nk gelak kat aku itu hak derang...
apa hal aku nk kisah ape yg manusia pndg aku..
kurg2 aku sedar gak limit yg aku ada..
kurg2 aku bersyukur sepnjg kat mktb aku x pernah usung anak dara org...

yaa..aku setuju dengan ayat ko..laa takrobul zina..mmg aku tau..
tapi allah dh bagi kan panduan..islam tu dh lengkap jgn nk sempitkan..kalau dh suka...kawin...mslhnya skrg boleh ke ko kawin?kedua mampu ke ko hlg perasaan mencintai kaum yg x sejenis dengan ko..
aku bukan dengki..
tapi kalau org angkot adik ko..ke akak ko ke..ko x rase pepe ke??
aku ade adik pompuan...msti laa aku rasa...

huhu...org berhati busuk je suke syak wasangka??
kalau dh bnda boleh bawak fitnah mcm mana tuh..kalau dok bawak anak dara org sana sini x kan org x kata papa lg kot??
so kalau sampai lecturer announce kat assmbly ko kate x de pe lg ek??maknanya busuklah hati lecturer tersebut..ish3...

sesungguhnya fitnah tu lebih teruk dr membunuh....

ok2...aku tarik balik kalo ayat aku bangga tu...satisfy??bukannya aku nk kecoh satu maktab yg aku ni berkapel..tp aku x nak org kata oo...kapel x boleh...so jgn simpan hati kat perempuan atau kaum yg x sejenis....itu dh menghalang fitrah manusia kan...

marilah sama2 kita beramal...


Terakhir diubah oleh Mr.Its tanggal Wed Aug 13, 2008 2:54 am, total 1 kali diubah

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 12:17 am

ada bnda best nk dikongsi...

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.


berdasarkan artikel di atas cinta,mengurat,atau dlm bahasa sekarang couple adalah satu fitrah dan boleh jugak jd fitnah...tapi mcm mana remaja mcm kita nak handle benda tu yg akan tentukan apa yg kita buat tu salah atau betul...
boleh tya pensyarah2 yg berkahwin masa kat universiti....

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

baling batu sorok tangan...

Post  putry on Wed Aug 13, 2008 2:00 am

whoooo....
makin panas dengan serangan peribadi..
haha..akhirnya aku dah tau sape dia mr its ni..
i got u...

pendekar oh..pendekar...
haha..inilah org yang sembang pasal imarahkan surau..
tetibe hentam orang kat sini personally kat sini...
memang cara teguran yang agak tersangat laa baik...
tak gentleman...gamaknya itu yg surau ajau ko kot..

setuju cakap mr.its...
dalam konteks sekarang memang susah nak halang perasaan cinta tuh..
orang boleh cakap couple tu haram tapi orang yang cakap banyak tu pun belum tentu hati dia bersih..
setiap org mesti ade gak perasaan cinta ataupun yg korang sebut couple..
tak tau pulak rupanya dalam islam ade konsep mengurat...
artikel yang menarik...way to go..teruskan posting bahan macam ni...
i like it...

putry
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

kisah nabi yusuf...

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 2:49 am

aku bukan apa...aku x suka org yg suka hukum itu haram ini haram...habis ape yg halal??jgn rosakkan nama cinta sebab istilah couple...sebagaimana kita tau cinta itu fitrah...kisah zulaikha dgn nabi yusup..mcm mana zulaikha dh lama simpan perasaan kat nabi yusup..sbb nk elak pitnah nabi yusup sanggup masuk penjara...dan akhirnya depa dapat gak bersama...kita dimomokkan dengan couple tu haram sampai kita lupa..islam dh bagi contoh kita nak bercinta...couple tu istilah zaman sekarang ja...

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 5:04 am

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Cinta sebelum kahwin?

Post  Dark on Wed Aug 13, 2008 12:25 pm

aku penah membaca artikel sebelum ni, maaf aku tak pamerkan artikel tu kerna aku mnghilngkannya..

cinta sebelum kahwin, tak pernah ada dlm Islam, mahupun sunnah Nabi Muhammad SAW.

ayat Al-Quran ada mengatakan, "Janganlah kamu mendekati Zina"...

Ustaz aku pnh gatu, yang kaple atau pun cnta sebelum kahwin, adalah elemen bagi penzinaan..

kita sndri dapat lihat, mna2 yang kaple dan bercnta, akhirnya terjerumus dlm pnzinaan...

kita dlm Islam amat mengharamkan penzinaan...

Kalau btl2 ska sama suka, knlkan pada Ibu Bapa, klau blh, tunang trus, nikah mcm kwn kita kat maktb neh...

Renung-renungkan, Selamat Beramal....

Dark
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 12:27 pm

satu lagi buku yg best dibaca bg yg nk bercinta...
dalam kita dok sembang bab kapel...buku ni bg satu method bagaimana nk menyucikan satu bentuk hubungan laki dan perempuan..boleh pi cari kat popular..terbitan telaga biru..

sekali lagi aku menegaskan aku menolak sebarang unsur menghalang hubungan cinta manusia a.k.a. couple...


T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 12:28 pm

Dark wrote:aku penah membaca artikel sebelum ni, maaf aku tak pamerkan artikel tu kerna aku mnghilngkannya..

cinta sebelum kahwin, tak pernah ada dlm Islam, mahupun sunnah Nabi Muhammad SAW.

ayat Al-Quran ada mengatakan, "Janganlah kamu mendekati Zina"...

Ustaz aku pnh gatu, yang kaple atau pun cnta sebelum kahwin, adalah elemen bagi penzinaan..

kita sndri dapat lihat, mna2 yang kaple dan bercnta, akhirnya terjerumus dlm pnzinaan...

kita dlm Islam amat mengharamkan penzinaan...

Kalau btl2 ska sama suka, knlkan pada Ibu Bapa, klau blh, tunang trus, nikah mcm kwn kita kat maktb neh...

Renung-renungkan, Selamat Beramal....

tq bro..tapikan bro..mcm mana anda definisikan cinta yusuf dan zulaikha??bukankah zulaikha sudah mempunyai hati pada yusuf sejak beliau masih bergelar isteri pada seorang gabenor..

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 12:43 pm

Memang ramai yang inginkan bercinta. Pada masa saya muda-muda dulu (macam sekarang ni dah tua pulak ye?), saya takde la nak fikirkan sangat mengenai cinta ini. Ala…masa dulu tu lebih suka berjumba-jumba dengan kawan-kawan. Tak terfikir lagi untuk terikat dan memikul tanggungjawab ni. Dan sekarang ini, bila sudah bercinta, saya kenalah bertanggungjawab dengan cinta saya ini, Mrs Teddy la… Siapa lagi kan… Wink)

Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab? Bagi saya, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.

Dalam konteks cinta ini pula, sudah semestinya tanggungjawab itu ada. Kita mestilah memberikan kasih sayang kita pada buah hati kita itu. Kata, ingin bercinta kan? Jadi, kenalah bertanggungjawab dalam memberikan kasih sayang. Takkan la lepas kata setuju bercinta atau berkapel, then kita boleh tinggalkan sebegitu sahaja?

Selain daripada memberikan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab dalam meluangkan masa bersama-sama dengan kekasih kita itu. Kalau yang bagi lelaki yang tidak suka bershopping tetapi si kekasih ini suka bershopping, kita kenalah ikut. Teman dia pergi shopping.

Kalau dah penat tu cari la mana-mana kerusi dekat kedai tu dan duduklah berehat sementara si gadis kita ini membelek-belek kasut atau baju di kedai tersebut. Kalau beli takpe la jugak kan? Ini tidak, asyik membelek-belek dan mencuba-cuba sahaj. Hehehe. Tapi, diingatkan, pastikan si dia dalam lingkungan radar kita. Nanti hilang kang, jenuh pulak kita nak mencari. Kan susah tu?

Untuk gadis pula, kenalah faham tanggungjawab diri. Kalau si jejaka sibuk dengan tugasan harian, janganlah nak ditambahkan lagi bebanan itu. Kita kena ada tanggungjawab dalam memahami perasaan pasangan kita. Kita kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Kita juga haruslah membantu si dia jika dia perlukan sokongan kita. Berikan kata-kata semangat dan motivasi supaya si dia rasa dihargai.

Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin bercinta, anda haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pendapat saya, bercinta merupakan satu cara untuk kita belajar dalam memikul tanggungjawab sebelum kita dapat bergelar sebagai suami isteri. Kerana, sudah pasti memikul tanggungjawab sebagai suami isteri lebih berat daripada dengan bercinta sahaja.

dipetik dari tentangcinta.com

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

mewakili pandangan aku...

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 12:49 pm

Salamun alaik..

Sedikit perkongsian dari mejaku..

Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang didalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib' itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai.


Rasa cinta tidak salah lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa, iman dan perasaan. Pada ketika ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?


Pohon Cinta Terlarang


Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.


Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan , buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencari Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.


Tetapi bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet!




Putus Cinta


Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "bukan cinta namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?" Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam..

* I N D A H N Y A C I N T A A L L A H *

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

ALAMAK MR ITS!!!!!!!

Post  penjejak on Wed Aug 13, 2008 12:50 pm

Assalamualaikum w.b.t,
selamat pagi dan selamat hari rabu kesemuanya...

wah2... bukan maen lg bace topic nie...
nice topic 2 discuss...

alamak mr. its...
aku suke statement kau..
"Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat."
tp... drpd review kisah percintaan fantasi yang berlaku dlm hidup kau...
aku rase ia satu kisah yg agak melampau dan hangat mase kini...
aku dgr smpi ade surat cinta melayang ke kelas2...
sape postman die aku xtaw la...
dh la ks surat... kesian budak yg dapat surat tue cz telah dijadikan bahan ejekan kawan2 dye....
abes kes surat satu bumi iptb taw..(spe2 xtaw tue wt2 taw jer)
dh budak yg dpt surat xlayan suran cintun tue...
malu dye kate.....( ni kes mengurat melamapau, cz menyebab kan maruah dan emosi pelajar terganggu)
geleng kepale aku dgr...
pastue... dh hg malu hg pulak 'pulau' kn budak kelas dye...
kate budak kelas tue macam2...(ni pun kes melamapu... sabit kesalahan kt org len)
nie ape yg aku dgr sendiri lahh...
xtumbuh xmelate,
xsungguh sy xkate...
abes kisah surat cinta ala2 filem melayu klasik...
ade pulak kisah len..
nie aku dgr dr budak batch len....
dye kate "mr its" bukan name sebenar..
penah menyukai sorang budak nie....
siap wat mcm2...
msj la...
kol la..
smpi rimas budak tue dibuatnye... (mengurat care nie melampau namenye, cz kacau privacy org n xgentle)
aleh2 budak tue xbalas cintenye...
xabes lg tue...
kesian dak2 gul kelas tue...
si lelaki nie pulak mengate bukan2 kt blkg.. konon nye nk tutup malu...
aduh... kesian2...
kesian lah yg si mangse nie...
dh la digosip2kn..
pastu kwn2 dye lak jd mangse... ( ni kes mengurat melamapau gak, abs org len terlibat)
..................................
ni baru 2 kisah..
byk lg xslh aku...
aku jer mls nk ungkit2...
erm...
kite nie kene berpade2 gak kalau nk ngorat....
nie.. hadis2 kisah2 nabi sume taw...
nasihat org pandai..
tp...
sendiri yg wat...
ape kes!!!!!!
paku dulang paku srpih,
cakap org dye yg lebih...

renung2kn n selamat beramal...



Cool

penjejak
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

kepada budak perasan...

Post  juniorz on Wed Aug 13, 2008 6:07 pm

awat yg byk sgt posting2 yang anti dengan mr its...
ini kaa discussion cikgu2??mmg tak matang..
setiap orang mmg ada buat silap...
yang hang suka sgt nak highlight mr its tu pasaipa??
apa kata hg buat topik khas untuk mr its ni...

hang sembang kemas mcm hg tau semua cerita...
kalau dengaq satu pihak x jadi...
aku tau semua cerita tu..
tapi aku x berminat nk hebahkan sape org yg hg maksudkan tuh..
setidak2nya sepanjang aku kat maktab aku x penah nampak mr its tu dok dating kat library,dok kluaq ngan pompuan..
tak payah laa nak guna nick name banyak2 nak hentam orang yer..

tak payah laa nak habaq pasai kes surat...aku pun baca surat tu...hang baca ka??
dalam surat tu dia tulis dia suka kat budak tu..
seigt aku kes surat kecoh bila si penerima yg x pandai jaga amanah..
habis satu kelas dia kasi baca...aku rasa dia mmg rasa
tak payah laa dok tambah dosa dok mengata org sana sini...

dosa jaa dok dapat...
pada budak batch aku yg terima surat tu...
ko x payah laa tunjuk baik...
mulut ko tu pun same becok..
org x de buat pepe ko pegi tambah garam..

cite org ko heboh satu maktab...
x payah ko nk cite sebar2 keburukan org..
ko tu pun lebih kurg jer..

and lastly...to penjejak
kalau apa yg hang cakap kat sini x betui...hg tanggung laa dosa...

juniorz
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

lebih hangat dari biasa!!!!!

Post  senjamal on Wed Aug 13, 2008 8:26 pm

wah2....hangat ni.....
tapi....jangan sampai ukhwah yang terjalin tergugat sudah.....
sekian sahaja....
selamat beramal semua....

senjamal
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

betul2....

Post  orgathek on Wed Aug 13, 2008 8:30 pm

setuju dengan senjamalam...
nak berbahas boleh...tapi jangan sampai ukhwah yang terjalin tu rosak sudah ek?
tu je yg ak nk ckp....

orgathek
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

yeke...

Post  ultraman on Wed Aug 13, 2008 8:36 pm

yeke..
yela..
btul la 2...
kesian mr its...
alamak..
xsangke...
Shocked
terkejut..
tp..
btul kn..
huhu..

ultraman
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

kesian penjejak..

Post  malamgel on Wed Aug 13, 2008 8:40 pm

penjejak..
citer hg mcm aku tau jer...
xsalh aku mcm tu jugak la bunyinye...
ntah la..
hope yg terlibat insaf!!

"ukhwah tetap ku sanjung tinggi"

malamgel
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

owhh.. taulan

Post  opocot on Wed Aug 13, 2008 8:44 pm

salam...
kesian mr its..
tp die patut kesian kt diri sendiri....
hg taw ke cite sbnr..
alamak..
hg pun same la..
x tumbuh x melate,
x sungguh penjejak x kate..
bukn nak malukn..
tp korng tgok la sendiri..
dr dulu lg mr its mmg suke crik slh org..
die je yg btul.. rabbit
ni bukn cite sebelah pihak jer..
berpuluh2 pihak cite bende same....
isk2...
ape kate td..
melamapu dlm mengurat...
bende xelok jgn diikot...
bende yg baik jd kn ikutan...
jgn terpesong dek kerane kemaruk cinte....
renung2 kn juniorz = mrits..
dn selamat beramal... confused

opocot
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

x ada maknanya nk henatm2 aku...

Post  T-Max on Wed Aug 13, 2008 9:35 pm

hmm..nampaknya hentaman terus menerus dikenakan ke atas aku.
malas aku nak komen banyak...tapi nak komen jugak..haha
senang cerita aku mengaku aku tulis surat
puas??and mmg aku penah sms sorg budak kelas dia..
mmg aku minat gak kt dia..
and aku kata nk buat bini..
salah ke kalau nak buat bini wahai tamu2 sekalian...
lagi ape lagi yg korang nak dedahkan??
salah atau tak itu korang sendiri pikir...
tapi itulaa...mmg silap aku sebab main terjah saja..
itu jaa silap aku yg aku rasa..
pasal malu..aku x pernah menyesal..
kesian kat kelas mana tu?
kelas pra?kelas ks?kelas pj?
walapun aku gagal..setidak2nya aku dh luahkan apa yg aku rasa.
salah ke??tolong jawab sikit tamu2 sekalian..
tapi lepas kes surat tu tersebar si penerima surat telah dtg jumpa aku.
dan aku anggap ia selesai..tapi x tau pulak tibe2 isu ni bangkit balik..
post byk2 dengan nick yg lain pun aku x heran sbb anda berselindung..
bukan berani mengaku pun sapa...
kalau nk ikutkan jumlah tamu dh cukup korum buat topic baru nih..

aku carik salah orang??
cuba buktikan orang mana yang ko maksudkan..
adakah aku penah inform individu tertentu di sini..
seigt aku aku kritik apa yg aku rasa x kena dan aku x penah mention nama sapa2 kat sini..

mungkin si junior ini boleh beri penjelasan..
aku pun nk tau gak kisah sebenar and spa yg bg havoc balik...
hal benda2 personal ni org mmg suka sgt kan..
terpulanglah pada junior terbabit..
kalau benda ni statement dr dia atau niat dia nk kenakan aku itu terpulang laa..
yg aku tau aku dh ada matlamat aku..
dan sku sedang ke arah tu..

hello..tolong sikit...juniorz tu bukan aku ok..
x dak maknanya aku nk berselindung...
tak payah laa nk fitnah aku lagi..
pbs aku buat petang..pukui 7 bawu sampai rumah...
cuba laa tgk pukui berapa dia post tuh??
bila masa laa aku nk posting waktu petang dengan kelas ganti yg buat aku pening kepala adoi...
boleh tya bebudak kelas aku kalau x pecaya.
ini pun baru sempat nk ngadap tenet...

pasal ukhwah tu..insyaallah tak terjejas kot sebab mereka2 ni depan aku mungkin tunjuk baik...
tapi kalau ada talam dua muka tu terpulang laa..
setakat hentak kot forum nk bagi malu aku..terpulang laa...
aku x kisah kalau nk bagi malu depan manusia pun..
tp x guna laa jd manusia hipokrit kan...

atas semangat bersama..moh kita sama2 turun ke surau sempena ramadhan yg bakal menyusul...
buka posa makan talam pun ok gak..

sorry off topic..hehehe

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

jangan ! ! !

Post  nino on Thu Aug 14, 2008 12:49 am

dah la tue..

di sini bukan medan membuka aib orang lain..

nino
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

malu dengan gelagat pelajar dalam forum

Post  empitibi on Thu Aug 14, 2008 1:11 am

dah terdedah pun
bosan saya baca posting2 berunsur sarcasm dari pelajar-pelajar iptb
tak sangka budaya ini dah mula menular dalam forum sebuah IPG
kamu semua pelajar IPG,bukan budak sekolah lagi
kalau salah,tegurlah
tegur biarlah secara terbuka
ini sengaja nak buka salah individu tertentu
yang penting bagi orang sedar
bukan dengki mendengki
inikah imej seorang bakal guru??
kamu tak berasa malu kah menjadikan forum ni tempat kamu bergaduh?
saya rasa sepatutnya forum ini dikhaskan untuk yang mendaftar
kalau tidak pelajar gunakan forum ni untuk kepentingan sendiri
harap moderator ambil tindakan segera!!

[/size]

empitibi
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: budaya bercouple di maktab

Post  Sponsored content Today at 4:02 am


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 1 dari 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik