forum... oh forum....

Halaman 2 dari 2 Previous  1, 2

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Best!

Post  AriffPutera on Mon Sep 15, 2008 11:46 pm

Tp kan, bihun sup mlm tu mmg best. Tahniah kat tukang masak hri tuh. Makan semangkuk je da knyg. Huhu..

AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 29
Lokasi : Malaysia

Lihat profil user http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

menyampah

Post  nino on Tue Sep 16, 2008 1:59 am

aku nyampah betul "sesetengah" manusia yg emosional kat forum nie..
nak bg cdangan, teguran, or kritikan.. bg je la..
jgn nak emo plak..

nino
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  T-Max on Tue Sep 16, 2008 2:08 am

nino wrote:aku nyampah betul "sesetengah" manusia yg emosional kat forum nie..
nak bg cdangan, teguran, or kritikan.. bg je la..
jgn nak emo plak..

aku pulak hairan dengan manusia yg beremosi sampai dh lari dari topik..
huhu

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

briefing cket..

Post  nino on Tue Sep 16, 2008 2:25 am

aiman.. dlm ramai2 kat sini ko yg palng aktf berforum..

bg briefing ckit ttg cara berforum yg betul kat "ssetengah" forumer yg emo sgt tue..

nino
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

dunia tanpa sempadan

Post  fenando jose on Tue Sep 16, 2008 10:20 am

loni kita idup d dunia tanpa sempadan.....so, sape2 nk discus topic tak de unsur2 provok blh la...

dapatkan capaian yg menbanggakan dgn CELCOM BROADBAND.......

fenando jose

Jumlah posting : 17
Join date : 16.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  T-Max on Tue Sep 16, 2008 11:16 am

fenando jose wrote:loni kita idup d dunia tanpa sempadan.....so, sape2 nk discus topic tak de unsur2 provok blh la...

dapatkan capaian yg menbanggakan dgn CELCOM BROADBAND.......

hehe..kelas aku je dh 7 org pakai...
aku nasihat yg nk pakai better guna modem..
pakai nset x best..
nanti btry abes..

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  T-Max on Tue Sep 16, 2008 11:30 am

nino wrote:aiman.. dlm ramai2 kat sini ko yg palng aktf berforum..

bg briefing ckit ttg cara berforum yg betul kat "ssetengah" forumer yg emo sgt tue..

ETIKA BERFORUM

Kita amat bertuah dianugerahkan dengan FORUM DI PPDKUBANGPASU.NET sebagai satu wadah kepada warga pendidik untuk berkongsi pengetahuan, mencari kawan dan sebagai satu tempat untuk menyatakan keprihatinan kepada dunia berhubung dengan isu-isu pendidikan dari perspektif kita. Kita sepatutnya berterima kasih kepada webmaster yang telah menyediakan, membayar yuran hosting dan bandwidth dan tak lupa juga tugasan yang rumit untuk menyelenggarakan laman ini untuk kita semua.


Walaubagaimanapun, kadang-kadang kita alpa dengan tabiat kita dan telah menyalahgunakan forum ini. Ini telah mendorong saya, dengan besar hati untuk membawa tuan-tuan berbincang - Patutkah kita mengamalkan sedikit self-censoring (kawalan kendiri) untuk menjadikan forum ini tempat yang lebih baik untuk semua?

Bila kita turut serta dalam forum terbuka, walaupun tidak ada peraturan khusus yang dinyatakan, sepatutnya ada etika tertentu yang harus dipatuhi. Apabila kita berada dalam forum umum, apa yang kita tulis/poskan akan diikuti oleh seluruh dunia. Oleh kerana itu, kita mempamerkan imej kita sama ada baik atau buruk ke seluruh dunia. Statistik terbaru PPDKUBANGPASU.NET menunjukkan ramai mengunjungi dari seluruh dunia pendidikan. Adakah kita ingin memaparkan imej buruk pendidik Malaysia kepada dunia? Jika anda berfikir anda boleh berselindung di sebalik nama-nama samaran dan membuat sesuka hati, anda seharusnya berfikir semula.

Etika berforum adalah sesuatu yang tidak dipaksa kepada anda tetapi anda melakukakannya dengan rela hati untuk keselesaan ahli-ahli forum yang lain. Hormatilah peraturan ini dan antara satu sama lain – anda sebenarnya memilih untuk mengamalkan hak anda untuk mendapatkan layanan yang sama baik.

Sebagai permulaannya:

• MEMBUAT TINJAUAN AWAL
Buat tinjauan dahulu sebelum memberi pendapat. Apabila anda mula-mula mengikuti forum, jangan terus buat sebarang komen. Cubalah baca dahulu dan ikuti apa yang berlaku serta fahami apa yang orang lain perkatakan. Selepas anda faham dan bersedia untuk menambah komen/maklumat yang berguna kepada tajuk perbualan, barulah menulis. Jika anda mencari maklumat tertentu, anda mungkin boleh mendapatkannya daripada topik-topik yang telah diposkan sebelumnya dengan mencari di topik-topik tertentu. Cubalah gunakan kemudahan carian di forum – yang terletak di bahagian atas menu bar. Atau sekurang-kurangnya, tolonglah baca halaman topik-topik terkini sebelum mebuat sebarang posting – anda mungkin akan menjumpai persoalan-persoalan/maklumat yang anda cari yang telah terjawab atau telah dipostkan sebelumnya.

• POST DALAM FORUM YANG SESUAI
Terdapat banyak forum dalam laman ini – senarai penuh ada dalam capaian “All Forums” . Tolong gunakan forum yang sesuai apabila memulakan topic yang baru.

• JANGAN TERKELUAR DARI TAJUK
Jangan memulakan perbualan peribadi atau yang tidak berkaitan dalam topik orang lain. Sekali lagi, ini kurang sopan. Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan. Jikalau anda ingin menimbulkan isu-isu yang baru, pertimbangkan untuk membuka topik baru yang lebih sesuai. Jawapan sepatutnya diberikan kepada persoalan yang asal/mula-mula. Cubalah untuk tidak mencipta satu isu baru dalam topik sedia ada kerana ini akan membuat perbincangan menjadi kelam kabut dan tidak menyumbangkan kepada topik itu. Jika ada isu hasil daripada perbincangan topik itu, mulakanlah topik yang baru.

• TOPIK-TOPIK PERIBADI
Topik-topik peribadi adalah topik yang dipostkan dalam forum terbuka yang sebenarnya untuk perbincangan antara beberapa orang tertentu sahaja. Sebarang topik yang ditulis sepatutnya terbuka untuk semua ahli forum. Perbincangan peribadi di antara beberapa kerat forumers sepatutnya dilakukan dalam “private message” atau pesanan peribadi – klik pada nama pengguna dan melalui halaman profil, anda boleh menghantar email kepada mereka yang berkenaan.

Tingkahlaku peribadi:

• BERTIMBANG RASA TERHADAP ORANG LAIN
Tanpa sebarang persoalan, anda sepatutnya bersikap terhadap orang lain seperti mana anda mahu orang lain bersikap terhadap anda.

• HORMATI PANDANGAN ORANG LAIN
Kadang-kadang anda akan berdepan dengan tulisan orang lain yang menyinggung perasaan anda. Sebelum membuat serangan balas secara terbuka, pertimbangkan dahulu kemungkinan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang lain. Sangat mudah untuk membuat salah tafsiran melalui sebarang tulisan dalam sesebuah forum. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina. Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda.

• SIKAP BERHEMAH
Tiada serangan peribadi. Jika anda tidak dapat mengelak untuk membuat serangan peribadi terhadap orang lain, lakukanlah melalui email. Jangan beria-ia untuk memperlihatkan sikap anda secara terbuka. Gunakan “common sense” apabila membuat posting. Kita dalam perbincangan umum dalam forum global. Kita dilawati oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai tahap umur dari pelbagai negara. Apa yang anda rasakan lucu mungkin dianggap kurang sopan dan menyinggung perasaan orang lain. Ingatlah bahawa kita adalah dalam Forum Pendidikan. Orang melawati kita bukan untuk dihidangkan dengan kata-kata yang kurang sopan dan menyinggung perasaan.

• PERTELINGKAHAN PERIBADI
Jangan gunakan forum ini untuk menyelesaikan pertelingkahan peribadi, kutuk-mengutuk, serangan peribadi, atau untuk mencari populariti (anda sebaliknya akan dianggap kurang ajar). Diharap anda dapat menghormati antara atau sama lain dan menyelesaikan pertelingkahan peribadi secara peribadi atau di luar forum. Jikalau anda mendapati perbincangan menjadi semakin panas/hangat atau terdapat sesiapa yang terlalu emosional dengan pendapatnya, tolong bincangkannya dalam private message atau email.

• KRITIKAN
Sesuatu topik tertentu mungkin boleh mengundang kritikan daripada ahli-ahli forum yang lain. Topik sebegini amat menarik untuk dipelajari andainya dibincangkan dengan baik. Inilah proses pembelajaran sebenarnya. Jika kritikan terlalu pedas, seseorang yang lain mungkin tawar hati untuk memberi pendapatnya. Jika kritikannya pula tidak ikhlas, tiada sesiapa yang akan mendapat manfaat. Kedua-duanya akan menggagalkan tujuan sebenar forum. Jika anda dikritik hebat: Jangan jadikannya sesuatu yang peribadi. Pertimbangkannya sekiranya anda boleh menerimanya. Kalau tidak, lupakan sahaja. Kalau anda mengkritik: Lakukan hanya sekiranya anda berasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan/menyumbang terhadap sesuatu topik, kalau tidak lebih baik diam dan biarkanlah orang lain yang melakukannya.

• JANGAN “TROLLING”
Apakah itu troll? Ia adalah orang yang suka menulis sesuatu yang dapat membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Selalunya golongan ini menggunakan nama orang lain atau menulis menggunakan nama-nama yang berbeza. Umumnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya,janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya.

Jadi, intipati Etika Berforum:
• Panduan umum untuk beretika ialah: bersopan, bersikap matang, jaga tutur kata anda dan hormatilah pandangan orang lain (walaupun anda kurang bersetuju)
• Tuliskan pendapat anda dalam ruangan yang sesuai dan jangan campuradukkan dengan isu-isu yang lain.
• Yang paling penting, nikmatilah kerseronokan bersama kenalan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda melalui internet
• Cari kawan jangan cari lawan. Akhirnya, mereka akan seronok bertemu dengan anda – anda orang yang BERSOPAN!!

Saya pasti anda dengan jujur amat prihatian dan cukup berhemah untuk menjadikan FORUM suatu tempat yang lebih baik untuk semua orang. Jika anda menemui golongan yang suka menimbulkan kekekcohan, orang yang suka menulis sesuatu yang berbentuk pertelingkahan peribadi, abaikan sahaja. Mereka akan pergi dengan sendirinya jika mereka tidak diberi perhatian.

ini aku dh post dlam topik couple...x tau kot2 hampa x baca lagi...
yg atas ni mcm skema sgt..
alah..post jaa..
yg pentg enjoy..
jgn dok cari pasai sudah...
kalau ghasa nk main forum2 yg penuh provok2 ganas...
jumpa aku kat fs...
byk group2 mcm tu kat sana...

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

aiman

Post  fenando jose on Tue Sep 16, 2008 11:39 am

eh aiman, hang beli modern tu brp? sewa line dia brp seblan? RM68 atau RM98? bagus tak capaiannye??

fenando jose

Jumlah posting : 17
Join date : 16.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  T-Max on Tue Sep 16, 2008 11:54 am

aku x suka contract2 ni...
aku dh pakai modem ngan nset (3g n 3.5g)
modem lagi elok...

skrg aku pakai bluecube...
masa2 bawu2 kua 600..
masa aku beli 410 jaa..
murah sbb aku trade in ngan nset...

meh aku wat comparison review noh...supaya sapa2 yg nk pakai tu leh pikiaq byk kali...

sony k600 (384kbps) = kelemahan dia btry cepat makan..kalau hg buat modem masa dia tgh cas pun lum tentu dapat cover power masa guna 3G..pastu kalau pakai connect guna USB dh x leh cas...kalau pakai bluetooth makin kuat laa power usage dia...so aku jual nset ni..

nokia n80ie (384) = btry dia kuat...kiranya aku bleh online tanpa tutup pc (nset sambil cas) tu dalam 3-4 hari sblum btry dia kong terus (wpun dgn charge sambil guna)...n kalau yg rase boring2 leh surf internet dr phone...pakai browser opera..

bluecube (7.2 mbps) = laju...berbaloi...tp ada masalh ngan software dia...aku pakai ngan vista dh ok...penah speed dia aku test lari sampai 1.8mbps sedangkan limit d68 cuma 384kbps...

skrg aku tgh test huawei e220..setakat ni ok lagi (7.2mbps)..speed mmg superb utk pakej d68..pg tadi baru sampai kat maktab..kalau hampa pi tya celcom depa kata 600...kalau hampa pndai cari 200 - 400 dh bleh dapat utk harga modem sahaja..yg aku beli ni dlm 350...

utk pengetahuan skrg ada pakej d68 d98 n d seratus lebih...
tp jgn tertipu dengan d98 yg skrg sbb speed dia cuma 384kbps...sama jaa dengan d68..cuma dia bagi modem jaa..tu pun kena ada contract...modem tu pi cari kat lelong leh dapat lagi murah...

x kisah laa d berapa pun jnji kalau device tu laju pun dh cukup ok...

hehe..promoter celcom..

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

aku ada gak survey

Post  fenando jose on Tue Sep 16, 2008 12:01 pm

aku ada gak survey harga broadband....dulu berminat gak, tapi kalau nk guna aku pinjam yang koperal punya (save budget)hehehe....

aku try usha2 gak coz berkenan nk beli..tp tunggu harga murah dulu la...kalau dh murah hang contact la aku....

aku try cr gak kat lelong..murah tu murah, tp pihak lelong kata si penjual tu tk berdaftar....kalau kena tipu tu risiko kita sendiri....huhuhuh.....may be taun dpn kot aku beli...ssh la tak de intnt ni...kot blok capaian nye tk membanggakan...

maxis broadband ok dak??

fenando jose

Jumlah posting : 17
Join date : 16.09.08

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  T-Max on Tue Sep 16, 2008 12:06 pm

fenando jose wrote:aku ada gak survey harga broadband....dulu berminat gak, tapi kalau nk guna aku pinjam yang koperal punya (save budget)hehehe....

aku try usha2 gak coz berkenan nk beli..tp tunggu harga murah dulu la...kalau dh murah hang contact la aku....

aku try cr gak kat lelong..murah tu murah, tp pihak lelong kata si penjual tu tk berdaftar....kalau kena tipu tu risiko kita sendiri....huhuhuh.....may be taun dpn kot aku beli...ssh la tak de intnt ni...kot blok capaian nye tk membanggakan...

maxis broadband ok dak??

cuba baca review kat internet..maxis teruk..coverage x mcm celcom...
u mobile lg ok dr maxis kalau pasal 3G ni...

yg sampai pg td tu pun aku beli dr lelong laa....
ok jaa..setakat ni bape byk dh transaction aku kat lelong tu..
x de hal pun...

hg nk dapat wireless kuat..
hehe..sambung adaptor dengan parabola besi..boleh buat guna tudung periuk...
hehe

k laa...tksat timb lalu...aku dok sorg2 kat sini...nk pi library...
tempat plgh selamat kt iptb...
hehe...

T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 59
Lokasi : In front my screen

Lihat profil user http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Ces!!

Post  AriffPutera on Tue Sep 16, 2008 7:11 pm

Fernando Jose wrote:
aku ada gak survey harga broadband....dulu berminat gak, tapi kalau nk guna aku pinjam yang koperal punya (save budget)hehehe....

Kdg2 dak2 ni ske kco daun. Time syok2 bce manga kat onemanga.com, dtg pnjm broadband aku.. Ades.. Tension aku..

AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 29
Lokasi : Malaysia

Lihat profil user http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Re: forum... oh forum....

Post  Sponsored content Today at 4:02 am


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 2 dari 2 Previous  1, 2

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik